SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, December 27, 2012

Nyaris Jadi Nangka Busuk! Keranamu Pulasan dan Langsat! Fuyooh...


Assalammualaikum.... FuyoOoooooHhhh.... lamakan tak update blogs! :D

Tu dia... bila update keluar pulak gambar buah pulasan :D

Okay menyepi lama dan tak berkesempatan nak update blogs dek kerana sibuk melayan kerenah anak-anak yang bercuti sekolah... anak kecik cuma sorang jer.. tambah lagi 3-4 orang anak-anak sedara yang sesak di rumah... bila dah sesak.. hah! mulalah memacam yang di buat.. :)


Okaylah di pendekkan kisah.. i ni kan ada 5 buah blogs.. yang perlu di update.. so terpaksalah mengagih-agihkan masa dan edit gambar untuk tiap-tiap blogs i tu... hmm... dah lama tak update blogs.. serius memang kelaut i tell you...

Okaylah ni nak mula berkisahlah ni yer... gambar di atas tu.. tulah pokok buah pulasan kat rumah i... bukan di tepi dan belakang kebun sana tu.. tapi depan rumah.. ke kiri sikit.. hah! dari tepi beranda memang jelas ler nampak pokok pulasan yang sedang bergayutan masak ranum...


bukan pokok pulasan aje tau.. pokok buah rambutan gading keler kuning tu pun tengah lebat berbuah.. tiap petang hah! my PA yang akan jolok buah-buahan tu dan buh dalam raga.. dan lepas tu buh kat meja dapur.. siapa nak makan.. silalah amik :D


tu dia.. pokok buah langsat...

memang manis dan i memang suka sangat dengan buah langsat.. kalau buah dukong sorry i memang tak berapa suka.. sebab dia banyak getah... bila makan lebih sikit.. esoknya mesti batuk! :D

berbuah tu bukannya banyak naa... tiap hari tengok dan jengah.. selagi tak masak ranum buah langsat tu.. bukan apa buah tu alahaiii adalah dua gugus... lambat sikit petik aje memang ler sedekah kat burung...


satu-satunya pokok buah langsat yang ada kat laman rumah i...

itulah yang ada.. jangan ko tanya ada lagi ke yang baru kutanam.. memang tak de...


kerusi plastik yang dah patah riuk..

siapa yang patahkan???

siapa lagi.. i ler... heehee...

kononnya nak petik buah langsat tu... tak ler tinggi sangat... perghh... molek je i diri atas kerusi tu... 

PRAPPPP!!!


 tu dia... mujur tak tersembam macam nangka busuk.. badan tu pulak comei muahahaaa :))

mujur ada Pak Habibi dialah yang sambut i dari tersembam ke tanah! awwwww ;))


psttt... sebelum kerusi tu patah kan kan..

dapat jugak ku capai barang segenggam!!

masa tu bangga tahap FuYooHHhhhh :))


last-last Pak Habibi yang dapat petik..
tak ler banyak.. dapatlah dalam setengah baldi kecik...


tang pokok buah pulasan gitu jugakk..

niat di hati nak cuba panjat nak cuba skill masa jeman kekanak dulu.. hampeh! Pak Habibi warning tak bagi i panjat.. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

tak pe.. tak pe.... pokok tu rendang..

petik dari bawah jewwww :D



ini hasil yang i petik dari bawah pokok :D


makan bawah pokok memang best! :D


tu Pak Habibi... dia boleh pulak panjat...
wal hal... perbezaan fizikal kami sangat ketara.. i tembam.. dia lebih TEMBAMBOMMMM!!!

:))


banyak jugak dapat...

agih-agihkan pada keluarga dan jiran tetangga...

ada banyak lagi atas pokok tu.. esok lusa selesailah tu :D


isinya tebal dan sangat manis...

one of my fav local fruits..

Okay sekian dulu.. sambung nanti.. ada banyak N3 yang bakal i masukkan dalam blogs hobi i ni... 

termasuklah pokok buah tomato i yang dah mula menjalar... ;)

Tungguuuuu.... 

Sekian dulu... Assalammualaikum...

TATA!!