Assalammualaikum... selamat sejahtera buat semua teman-teman yang kuhormati.
Lama dah tak update blogs i yang berlubur tu, niat di hati nak juga update mood nak snap gambar pulak ke sungai.. jadi i pendamkan dulu.
Hah! sekarang ni tengah free sikit so mulalah misi meng update blogs berjalan dengan begitu membara giteew.. cecewahh.. ;)
dah masuk 2013... selamat tinggal 2012...
buat
kengkawan yang biasa baca blogs hobi i ni dah tentu-tentulah tahu kan..
kasut adalah salah satu hobi i :D dah lama tak kongsi koleksi kasut i..
sebelum ni asyik share hobi i yang asyik bercucuk tanam dan sibuk
menghias taman mini i tu..
mood tu agak suam-suam kuku dah sekarang ni sebab apa tau sebab i sibuk dengan dunia penulisan i.. tak pe.. tak pe.. seminggu dua nanti ni.. mulalah aktif semula berkebun..
Okay N3 kali ini i share koleksi kasut i untuk awal tahun 2013.. setakat inilah.. :D sebab sejujurnya i belum lagi bershopping.. tidak berkesempatan.. koleksi kasut yang i share kat you all ni adalah 'SAMBARAN DI KALA WINDOW SHOPPING'
paham ke tak tu? hehehee... maknanya tiada niat bershopping tetapi tersambar.. yaa.. TERRRR... :D
Kaum hawa kan memang camtu.. niat tak ada.. tapi bila dah ternampak.. mak aii.. pak aii..
jangan ko nasihat aje memang boleh tarik rambut kalau tak dapat! *gurau* :D
semua kasut tu i beli sendiri so tak ada kes tarik rambut :D
kasut di atas tu.. berwarna pink ada renda-renda lagi... wedges.. sesuai untuk di pakai dengan jeans atau skirt ala kembang-kembang menyapu lantai :))
sangat ringan dan kebarangkalian untuk tersungkur 5% sahaja.. itu pun kalau skirt yang di pakai melebihi paras laut! :))
sweet aje tu kan?
Nellysha dak kerempeng cakap macam kasut dia!
ehh... haaah ekkk.... sorry nakk.. Momma dah terbeli ala... boria sekali-sekala apa salahnya yer tak? :D
i jatuh hati kat kasut ni sebab.. corak yang ada kat tepi kasut tu... nampak cantik bebenau.. di mata i lah..
dan kasut ini belum lagi di rasmikan.. walaupun niat dah ada... ;)
okay kasut yang ini pun lebih kurang sama macam yang warna pink tu..
yang ini renda warna biru dan agak meriah corak di tepi kanan dan kiri kasut tu..
waduhh.... hati berbunga-bunga bila ternampak kasut ni...
terus ler sambar.. ;)
kenakan dengan seluar jeans atau skirt labuh warna pink..
atau skirt dari jenis jeans.. Sweet WooooOOo :D
wah!! dari jauh orang ingat... bini siapalah tu! :))
kasut ini akan di rasmikan dalam waktu tedekat.. sebab hujung minggu dah dekat! muahahaaa :))
kalau ke mana-mana...
contohnya ke pasar,
pasaraya,
bayar bills,
ke bank keluarkan duit *masukkan duit jarang sekali* :D << normal ni ;)
atau ke rumah ibu mertua...
dan kasut di atas tu.. setiap kali rosak.. i akan beli lagi satu.. sama jenis.. cuma kekadang warna aje yang lain..
kalau tak merah hati.. merah jambu.. kalau tak merah jambu.. merah menyala! yaa giteww... :D
inilah yang kusarung..
kasut di atas tu nampak baru aje kan?
sorry kasut/selipar di atas tu tiap hari ku lenjan..
nak tahu macam mana boleh nampak baru macam tu??
pastikan kaki anda bersih sebelum menyarungkan ke kaki..
pastikan kaki anda kering..
pastikan jangan terpijak air atau lopak..
pastikan semasa memakai kasut itu jangan ko lenjan macam nak haper!
dan selepas pulang..
silalah simpan elok-elok di rak dan bukan di dalam kotak <<< sebab jap-jap lagi mesti guna lagi :D
okay kasut di atas ni..
actually tak ada niat langsung nak beli pun..
ingat lagi masa tu.. 1st January 2013...
i pergi shopping barang-barang dapur... tetiba.. ternampak dari kejauhan di hujung sana, Pak Habibi dah mengeluh tak sudah!
i pun cakap cam ni..
"Ahh!! sudah!! ada SALE!!"
muahahaa.... ;))
teruslah sambar satu... Santa Barbara Polo tu tau.. harga asal RM129.00
setelah sale RM29!!!!!
terus bayar tunai! :D
antara salah satu tips.. belilah kasut ketika waktu SALE... memang berbaloi-baloi..:)
Kasut kerja :D *kulit*
dah lama tak beli kasut tumit tinggi..
mungkin sebab badan dah berisi jadi i jarang beli yang bertumit tinggi sangat.. sebab penat bila banyak berdiri..
tetapi..
kasut ni i dah rasmikan sekali.. masa ada undangan di JB baru-baru ini..
sangat selesa.. sangat seksi kasut tu okeh.. i like..
kalau kasut kerja i suka yang selesa.. dan harga memang yang agak mahal sedikit..
mahal tu tak adalah sampai naik beribu.. tak mampu pun :D
kasut kerja i lebih suka beli dari jenis kulit.. dan bukan kain atau pun baldu..
lebih selesa...
lebih tahan lama...
tidak memenatkan..
dan si pemakai lebih yakin :D hehehe..
Pada pendapat i lah kan kan..
belilah kasut murah ke mahal ke..
apa yang lebih penting..
penjagaan kaki.. itu penting..
penjagaan kasut juga penting...
beli 10 pasang kasut.. tapi lepas pakai cempak-cempak.. alamatnya beli 100 pasang sebulan pun tak akan tahan lama.. kan ke membazir tu namanya..
Bila beli kasut tu... pakai dan jaga elok-elok..
i dah pernah share tips penjagaan kasut sebelum ini.. nanti carilah yaa..
dan satu lagi.. ada yang bertanya.. kat dalam FB..soalannya :
"Kak Sha macam mana nak koleksi kasut banyak-banyakkkkk!!! macam akak?? ada banyak dan nampak baru!!"
dik ini jawapan Kak Sha yaa..
Ehh!! Dik Banyak ke????"
:D
Macam mana nak mula berjinak-jinak koleksi/kumpul kasut sebagai hobi???? dari sepasang jadi berpasang-pasang, cantik, nampak baru dan tahan lama????
pertama.. sekali..
beli 2 pasang kasut.. tak kira mahal atau pun murah yang penting ko suka dan bukan mak atau adik korang yang suka :D
kedua..
Pakailah kasut itu berselang-seli dan jangan lahhhhh..., satu kasut tu je yang ko lenjan.. tak mo cam tu.. kata nak koleksi kan? so kena guna dengan cermat...
ketiga...
Bulan kedua.. beli lagi sepasang kasut...dan sekarang dah ada 3 pasang kasut kan?
selang-seli masa menggunakan kasut itu.
begitulah bulan yang berikutnya.. tambah satu lagi kasut..
**kasut murah tapi cantik kira dah okay sangat dah tu kak long yaa**
Keempat...
INGAT yaa.. elakkan pembaziran.. beli waktu SALE. Gunakan kasut dengan cermat. Dan pilihlah kasut yang sesuai untuk setiap acara.. Atau KHAS UNTUKNYA cecewahhh :D
contohnya :
Bersukan ~ kasut sukan
Bersantai hujung minggu ~ selipar jepon Sandal yang nipis dan ringan atau yang selesa
Kasut Dinner/ Majlis Makan Malam/Majlis Istimewa ~ Yang lip lap atau agak glamour gituh! :D
Kasut Kerja ~ Belilah yang lebih mahal sedikit, lebih selesa dan pilihlah beberapa jenis warna. Lebih elok yang bertutup. Memadai 4 pasang kasut untuk di ulang-ulang pakai. *sementara tunggu gaji dan bonus ;)
OKay.. setakat ini dahulu.. tips ini ikhlas di bawakan untuk anda semua.. nanti i share lagi tips.. jenis kasut yang sesuai untuk pelbagai acara.
Sekian dulu.. nanti story mory lagi ehh..
Assalammualaikum..
TATA!!