SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Sunday, July 8, 2012

Coklat Juga Warna Pilihanku..


Assalammualaikum... *sila abaikan mata yang kuyu itu, kepenatan tu* :D

N3 kali ni i share pulak pakaian yang i kenakan semasa majlis Pesta Buku Selangor 2012

Kali ini i memilih warna Coklat.. dari atas kebawah... hanya anak tudung sahaja warna merah... trademark i tu :D


sepanjang demo memasak di Pentas utama SACC 8hb Julai 2012

untuk lebih info dan banyak gambar sepanjang demo memasak berlangsung, sila klik bawah >>>




Sebenarnya.. di sebalik kisah yang you all tak tahu.. dan sekarang ini nak bagi tahu.. :D

selendang dari kain satin berwarna coklat tu.. panjang berjela.. ku belit-belitkan kat atas kepala... dan hasilnya.. nampak ler kemas... TETAPI...

serius telinga i tak berapa kedengor!!!! :)) ;)) :))

anggornya tebal benorr... :))

cerita sini habis sinilah ekk... :D


selendang panjang berdepa-depa tu ku belit dan hasilnya begitewww :D *telinge pekak okeh... ala-ala berdengung aje gitewww* :))

blouse warna coklat dari kain kapas Jepun... pertama kali i pakai dan dah lama ku beli... baru sekarang ku pakai sebab keadaan fizikal *semakin UP* kiranya baju ni dulu i beli memang untuk stok UP! UP!
dengan motto 'sediakan payung sebelum hujan' ya begitewww kononnya :D
muahahahaaa :))

Seluar palazo dari kain chiffon juga dari Jepun... dah 2 kali pakai.. sangat selesa.. agak jarang so i kenakan thigh di dalam agar nampak siuman bila terkena cahaya :))


kasut yang dah bertahun usianya.. tak silap i dua tahun lebih.. masih elok... dan selesa bila di pakai...
*pastu bila malam nak tidur kaki cramp!* :))
anggornya sebab terlalu lama berdiri... 9 jam hokey!


serius sepanjang demo memasak.. langsung tak berpeluh... agaknya sebab pakaian tu sangat longgar dan selesa di pakai :D

walaupun sebenarnya pakaian utama yang ingin ku pakai jubah berwarna hitam! :))
macam biasalah last minit mesti tukar plan punya... :D
so jubah hitam tu.. molek je duk berlipat dalam luggage :)


sangat penat, tetapi sangat menyeronokkan.. :)


bahawa sa nya air yang adik Fathi selaku skuad promo buku tu pegang molek aje begitu adalah air i...
bermakna i minum 2 gelas air selepas demo tu hokey!
nescaffe tarik dan jus honey & lime... waduhhh segerrrr....:))

sekian N3 kali ini...

Assalammualaikum...

TATA!!

Friday, July 6, 2012

Merah Itu Warna Pilihanku...


Assalammualaikum.. :)

Wahh.. nampaknya.. semenjak dua menjak ni i dah semakin rajin meng-up-date blogs hobi i ni kan :))
Bukan apa.. selama ni.. i tak terfikir pun nak masukkan N3 sebegini rupa :)) kat blogs hobi i ni.. semata-mata barang-barang yang i kumpul aje i masukkan kat sini.. so masa i update blogs PENULISAN KLIK SINI tu kan kan.. kenapa tidak i terus sahaja sharekan apa yang i pakai dan sedikit sebanyak kisah sepanjang berada di konti RTM 1 pada 6HB Julai 2012 demi mempromosikan karyaku yang ke~8 KERANA SEBIJI EPAL KARYAKU YANG KE~8


Dan selepas ini Insya~ALLAH jika ada kelapangan waktu.. akan terus sahaja ku up-datekan di sini.. memandangkan ramai yang in box i di laman Facebook... yang meminta i share pakaian dan tudung yang i pakai sepanjang apa jua majlis.. rupanya ada yang menjadikan i sebagai ikon fesyen mereka :) wahhh... tak sangka i yoUuu.... macehh yaa.. walaupun i bukanlah artis fofular... aww ;))

Wahh.. banyak yang i dah terlepas tu.. hehehe.. tak pe.. perlahan-lahan nanti bila ada kelapangan i akan share pakaian-pakaian dan fesyen tudung yang i gayakan sebelum ni yaa.. macehh.. kepada yang follow perkembangan i selama ini... *i memang sedang mengembang sangat dah ni!* gems.. *gemoks* serius ni okeh.. tak pe.. tak pe.. tak lama lagi dah masuk bulan puasa... :)

Okay kali ni i masukkan dulu N3 terbaru di mana i telah menerima jemputan bagi Slot Resensi Selamat Pagi Malaysia RTM 1. Baru-baru ini.. 6hb Julai 2012 << wahh tulis penuh sebab untuk diari i jugak ni.. tu yang bagusnya ada blogs ni kan.. i like.. sangat! :)

Sila betulkan duduk anda.. yang mana nak terkucil tu.. pergilah dulu.. tak pe.. tak pe.. i tunggu... :))


6hb Julai 2012... hari Khamis...

i menginap di sebuah hotel :) bertolak dari JB 5hb Julai, selepas solat Maghrib.
Di temani buah hati pengarang jantung i.. Dak kerempeng Nellysha dan Pak Habibi kesayangan i tu... dengan menaiki kereta porche *hanya pada pandanganku sahaja* :))

Dak kerempeng terpaksa ponteng sekolah :)) sebab i malas nak angkat HP sebab kalau i outstation di mana-mana pun tanpa dia.. setiap 5 minit dia akan called i! cett.. tu yang ko pontengkan sekolah.. dia tak sekolah.. tapi beg sekolah hantarkan ke diver van sekolah.. ya giteww kalau sekolah cina okeh! lepas tu balik nanti.. buat ler ko kerja sekolah yang berlubur tu :)) ya giteww..

Nak di jadikan cerita.. i tiba di kl tepat jam 12 tengah malam.. mata mengantuk dan lepak ler sangat.. sebab petang sebelum bertolak tu i ada event lain.. hadoii penat jangan cerita ler yang oiii.. penatttttt sangat! tak cukup kaki dan tangan!

Sampai aje bilik hotel.. perut i lapar *padahal sepanjang perjalanan memacam yang ku kunyah!* antaranya pau kacang merah, pau kari daging, kerepek ubi dan bla.. bla.. air 2 litre! *berhenti kat highway 3 kali sebab terkucil! tu yang lapo! kot... :))

nak tahu apa yang i teringin nak makan? sambil mata pejam *mengantuk* dan berkhayallah nak makan bubur nasi di Kampung Bharu.. memang fav i kalau ada di KL.. mesti singgah punyalah! dan nak minum nescaffe! cecewahh.. korang tahu apa Pak Habibi i jawab..

"Dah malam.. tido.. esok nak bangun pagi!"

Dengan muka tak puashati *tak pe.. tak pe.. korang tak nampak muka i masa tu :)) gambar pun tak de!* phewww lega! :)) terus ler tido dengan perut lapo tak sudah! :)) dan sedikit ada makan hati dengan Pak Habibi muahahaaa :))


Bangun tepat jam 6:00 pagi dan terus mandi dan solat subuh.. bersiap dan berdandan aww...

ini selendang@tudung yang kupakai :))


wahh.. giteww posingnya!
kalau you all nak tahu.. i ni kan paling tak suka pilih tudung@selendang dan baju untuk apa jua majlis! memang tak suka! lecehhhhh laaaa... :))
dan ini pengakuan jujur yang you all tak tahu selama ini.. ni i nak cerita ler ni ekk... bukan untuk event ini aje tau.. setiap kali ada undangan majlis apa pun! memang malas nak pilih tudung@selendang apa nak ku pakai, baju dan juga kasut juga handbag!!! ehhh pendek cerita memang tak suka! macam panjang cerita! :))

So masa lagi 3 jam nak berangkat tu.. i buka almari yang tak terkira pintunya tu *bukan eksen info benar ni*:))

so i pilih sehelai jubah corak batik yang i beli dari Indonesia 2 tahun lepas! tak pernah kupakai.. keler hijau dan ada manik penuh... baca betul2 hijau okeh! *warna yang paling sikit dalam lemari baju i tu* :)) dan tak kutahu kenapa baju itu yang menjadi pilihanku :))

dan sehelai tudung bawal berkerawang berjahit manik.. juga tidak pernah ku pakai sebelum ini.. *serius i tak pernah pakai tudung bawal selama ini, walaupun i pengkoleksi tudung bawal yang tegarrr ;) pastu masukkan dalam beg...

cerita tidak berakhir di situ... pusing balik.. buka satu lagi pintu almari dan termenungggggggggggggggg........lama hokeh! :))

capai sehelai baju kurung kain sutera italy.. *baju raya 4 tahun lepas!* hambik ko! :))
pernah pakai sekali :)) keluarkan dari hanger dan cempak dalam beg! *dengan motto* i selalu bertukar fikiran last minit.. tak caya tengoklah nanti.. *cakap dalam hati untuk diri sendiri jugak!*
kais-kais dalam laci selendang.. *kais sampai bergumpal* :))
jumpa keler merah! hah! lipat cempak dalam beg*cempak okeh!* stok tak kuasa :))


Dan akhirnya... baju kurung yang tak kuasa ku cempak aje dalam beg tu.. dan itulah jugak selendang yang kucempak dalam beg yang ku pakai! :))
nampak tak celah i tu hehhee.. budak ponteng sekolah...:))

dan kalau nak tahu... 

sebenarnya i terlupa bawak kasut yang sesuai untuk baju tu muhaahahaaaa :)) mujur ada kasut extra yang entah bila tak ku keluarkan dari kereta.. pink keler.. yaa.. itu yang ku sarungkan! ingatkan tak nampak kat TV... kisahnya..


ya nampak kasut bidan terjun ku itu.. baju kuning lemak ketam.. berbunga ros merah besor2... tudung merah.. kasut pulak pink! gasak! :))


Ramai yang in box kat FB...

"Kak Sha!!!! cute pakai spek!"

ya cute ler sangat ehh.... :)) nak tahu kenapa pakai spek?? sebab contact lense i hilang sebelah!!! muahahahaaa :)) kat sinki bilik hotel! bagus kannnnnn.... :) sampai laa terpaksa pakai spek.. tak sempat tukar lense baru.. yang lama tak power cecewahh gitewwwww.. adehhh haii... ;)


dan ada yang in box i..di FB

"Kak Sha cantik selendang merah tu!"

"Kak Sha, suka merah ya?"

"Kak Sha, macam mana nak pakai selendang tu??"

dan kengkawan.. di sini jawapan bagi soalan you all semua tu yaa... :))

"Cantik ler sangat! hehehe... masa memakai hanya 5 minit.. semat, belit.. semat.. dahhh.."

"Kak Sha memang fanatik keler merah yangg.. so sekarang dah tahu yaa.. macehh..:)"

"Macam mana nak pakai selendang tu? okay mudah aje.. tunggu nanti segmen lain.. jika free kak sha share kat sini.. Insyallah.. :)" *jika tak terlupa! dan tak busy! :))

dah ler tu ekk.. segala soalan dah berjawab.. dah start nak berkisah ni hah! :))

sampai aje RTM.. perut lapo! khayalanku terhadap bubur nasi Kampung Bharu masih utuh di ingatanku :))

lepas ni nak cari bubur nasi jugak!
nak jugak!
tak kira!
tak kira!

*cakap dalam hati sambil menjerit sambil hentak kaki*
juga secara khayalanku sahaja :))


make-up room di RTM... i dah siap ber make-up sejak dari Hotel.. so just jurudandan tu touch-up sahaja.. *bahagian hidung i yang tak mancung tu agar kelihatan mancung di kaca TV* :))


baik punyer lentok.. stok perut lapor!!!!!
TolOOOOonnggggggg nak bubur nasi!!!!!!
*stok meraung dalam hati*
sayangnya tiada yang dengar :))
ngko orang tahu apa yang terjadi selepas itewww???
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Syukur Alhamdulillahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
raunganku di dalam hati sepanjang malam itu.. dan di bawa ke pagi itu..
akhirnya... hidangan sarapan pagi yang di sediakan oleh pihak RTM ialah...

BUBUR NASI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Syukur Alhamdulillahhhhhhhhhhhhhh :)

Masa tu macam nak jerit je tawww :)) magic betullah...
Terima kasih :D


ini yang ku bedal.... semangkuk penuh dan tambah 2 kali ngko aii.. itu pun sebab dah nak masuk konti...
kalau tak rasanya tambah lagi dan lagi kot! sedap ngko!!
:)) :)) :))


bubur nasi bukan Fav dak kerempeng.. lapo agaknya.. makannnn... baguskan kan.. :))


wahhh begitu bertenaga dan ceria selepas itu.. kenyang ler katakan dapat bubur nasi dan nescaffe yang di idam-idamkan sejak semalam :D

perasan tak i terbatuk-batuk masa bercakap depan camera???
hehehhh sebab bubur tu pedas kot! muahahaaa :))


Semuanya kerana Sebiji Epal... merah adalah warna pilihanku sejak dari kanak-kanak lagi..
rupanya turun kat Nellysha.. dia pun peminat keler merah... :)



Selesai sudah... cerita sini habis sini ler ekk... ;)

Untuk kisah lebih panjang lebor tentang KERANA SEBIJI EPAL 


Sekian sahaja... tunggu N3 seterusnya selepas ini... terima kasih kepada yang sudi meninggalkan jejak..*maaf jika terlepas pandang* Insya~ALLAH ada kelapangan pastinya akan ku balas setiap komen.. terima kasih kerana memahami :) Terima kasih juga kepada kengkawan yang sudi follow blogs hobi i ni ya.. dengan motto... hanya sekadar hobi.. dan tidak lebih dari itu.. :)

Assalammualaikum..

TATA!!

Tuesday, July 3, 2012

Jagaan Dalaman Honey Apple Cider Vineger! SedapPs!


Assalammualaikum... okay kali ni i nak share pulak apa yang i sering minum dan amalkan setiap hari... :D

Setiap masa akan ku minum tanpa rasa jemu-jelak dan hasilnya...

ehh.. memang bestlah!

Tu yang i nak share kat you all kali ni... gambar sikit aje tu yang cepat aje masukkan N3 :)

Honey Apple Cider Vineger


Okay setiap pagi.. bangun aje dari tidur tu...baca selawat dan i akan minum dalam segelas atau setengah botol air mineral yang telah di bancuh dengan 1 sudu besar Honey Apple Cider Vineger :) dan selebihnya tu.. i akan minum setiap masa ketika haus.. nampak tak airnya tu keruh aje tu.. nampak macam cair aje tu kan kan.. hah! jangan memain masam sangattt tu okeh!
tapi sedappp.. :D so bila habis aje i akan top-up.. ;)
Outstations pun inilah yang i bekal berbotol-botol.. bila haus je.. minum... tak haus pun minum.. ya giteww..:))

Apakah khasiatnya?

*credits to uncle Googles* :D

Epal Cider tau cuka epal telah digunakan sejak ribuan tahun dahulu. Sejak 400BC, Hippocrates (bapa perubatan moden) telah menggunakan epal cider bercampur madu sebagai tonik penyembuh penyakit dan makanan awet muda.

Epal cider yang terdapat di farmasi mempunyai rasa dan bau yang tidak sedap. Honey Apple 3 (HA3) telah mencampurkan epal cider dengan madu asli dan hasilnya epal cider madu yang menyihatkan dan mempunyai rasa yang sedap.

Epal Cider untuk menguruskan badan <<< Pheewwwitttt ;)
Pengambilan HA3 dua kali sehari, sebelum sarapan dan sebelum tidur beserta senaman dan penjagaan makanan yang betul akan menampakkan kesan penurunan berat badan dalam masa 21 hari (anggaran dua kotak). Namum kadar penurunan berat badan berbeza bagi setiap individu bergantung kepada tahap metabolisma seseorang.

Bagaimana HA3 membantu menurunkan berat badan?
1. Meningkatkan kadar metabolisma badan menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih tinggi dari biasa. Ini akan memberikan anda lebih tenaga dan menurunkan berat badan. 
2. Menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan disebab oleh lemak.
3. Jika diambil sebelum makan, anda akan lebih cepat berasa kenyang. Epal cider juga akan melambatkan rasa lapar.

Jika anda memilih untuk turunkan berat badan secara tradisional, epal cider adalah jawapannya. Saya sendiri agak bimbang dengan kesan jangkamasa panjang pelbagai ubat kurus baru dicipta yang terdapat di pasaran.

Pengambilan Honey Apple 3, beserta senaman dan menjaga pemakan adalah cara yang betul untuk menurunkan berat badan secara tradisional.

“Julius Ceaser dan pahlawan samurai Jepun menggunakan epal cider sebagai tonik tenaga”

Epal Cider untuk kulit yang lebih cantik berseri dan awet muda
Epal cider terkenal sebagai makanan kesihatan untuk awet muda dan mencantikkan kulit dari dalam. 

Bagaimana HA3 bertindak sebagai ejen awet muda
1. Sifat epal cider yang anti-toksin menjadikan hati kita lebih sihat. Hati adalah organ penting untuk melupuskan segala racun dan toksid dalam badan. Hati yang sihat akan menjadikan kulit lebih sihat dan berseri dari dalam.
2. Epal cider menjadikan darah dan badan kita lebih beralkali. Kadar PH kulit yang betul akan mengawal kadar minyak, menyelesaikan masalah jerawat dan menjadikan kulit lebih berseri. (glowing skin)

Epal cider mempunyai senarai khasiat yang panjang Antara senarai khasiat epal cider adalah:
1. Menurunkan berat badan
2. Mengawal kadar kolestrol dalam darah
3. Mengawal tekanan darah 
4. Mengurangkan tekanan / stress 
5. Melawaskan usus kecil dan besar
6. Mengubat masalah kulit seperti jerawat dan mencegah selulit
7. Meningkatkan daya ingatan dan kepintaran 
8. Membantu tidur nyenyak
9. Menambah tenaga dan menjadikan badan lebih segar
10. Meredakan sakit sendi seperti arthritis dan gout
11. Anti-oksidan dan anti-toksid
12. Menjadikan kulit lebih cantik dan awet muda
13. Menjaga kesihatan hati dan jantung
14. Meningkatkan kesihatan tulang dengan meningkatkan bahan kimis (boron) padas mineral tulang
15. Melancarkan perjalanan darah
16. Menjadikan badan lebih beralkali 
17. Anti-septik, anti-ulcer, anti-alergik, anti-bakteria, anti-kulat

Ya, gitewww :D


Amalan meminum Honey Apple Cider Vineger :)
baru sahaja lagi.. tetapi.. minum madu lebah sehari 1 sudu besar memang i amalkan sejak dulu lagi.. semua sedia maklum madu lebah memang banyak khasiatnya.. i kalau makan pancake memang suka dengan madu lebah.. sedap naa giteww..:)


calit-calit madu lebah waduhhh memang sedap!
tak caya cuba.. pengamal minum madu lebah sejak kecil Abang Amin hero i no 1 tu sebab dulu masa kecik dia ada lelah.. Syukur Alhamdulillah sekarang dah tak ada lelah.. cuma kalau cuaca panas.. adalah kekadang tu dia batuk.. hah! sudukan madu lebah.. Insyallah berkesan!
dengan motto... IKHTIAR....dan YAKIN... ya giteww...

Kesan Setelah Mengamalkan...

Honey Apple Cider Vineger :)


perut i yang agak menggelembung dan berketul tu.. ada kempis sikit... dan yang bestnya... badan lebih bertenaga dan seronok pulak minum air masam-masam gitu.. tetapi kaya dengan khasiatnya...~Wallahualam~

Kawan-kawan yang mana nak kuruskan badan tu... atau dah jemu-jelak nak berdiet tu.. cecuba.. cecuba..

Harga sebotol Honey Apple Cider Vineger :) RM49.. ada jual di mana-mana kedai dan pasaraya berdekatan di tempat anda.. ;)

Honey Apple Cider Vineger :)


sekian sahaja... N3 ini tidak di taja oleh produk Honey Apple Cider Vineger :) i tunjuk.. i bayar.. opss! cop! Pak Habibi bayar..:) sebab dia pun turut sama naik minum... Honey Apple Cider Vineger :)

Dengan motto... ikhtiar, yakin, berkhasiat, berkesan dan yang paling penting kita suka..tu sahaja.. lebih dari itu tak ada... tunggu N3 seterusnya.. walaupun agak lemau nak ku masukkan..:)

Assalammualaikum.. :)

TATA!!

Thursday, June 28, 2012

Produk Penjagaan Muka Yang Shahriah Gunakan Sekarang Ini Aww


Assalammualaikum... :D

Sila abaikan mata yang sentiasa membengkak dan berbeg tu yaa :)) *trademark i tu* :)) dah tu kalau bersengkang mata tiap hari.. itulah hasilnya.. :) *sila jangan tenung lelama* macehh :D

dan wajah i di atas itu adalah wajah tanpa make-up!

i hanya menggunakan krim siang *Zmasha* dan sapuan foundation *MAC* dan sedikit olesan bedak compact *MAC*

bibir hanya di oleskan dengan sedikit pengilat bibir *lip gloss Estee Lauder*

blusher langsung tak pakai... eye shadow tak kuasa nak ku calit! :))

dah itulah sahaja make-up asas yang i alas jika keluar bersiaran atau bersantai bersama keluarga tersayang :)

Jika ada urusan kerja.. hah! tu lain cerita.. GROOMING IS IMPORTANT... i sanggup masuk kelas GROOMING bukan sekali banyak kali.. untuk apa? Keterampilan diri itu amat penting...khas buat kaum wanita tak giteww.. lebih-lebih tak de.. gitu jugak i ni.. sederhana sahaja... :D

Produk Penjagaan Muka Yang Shahriah Gunakan Sekarang Ini Aww! :D

*nama penuh tu yang tak tahan tu Aww! :D*

Okay i dulu i guna produk pencuci muka atau penjagaan kulit dari jenis Mary Kay, Estee Lauder dan beberapa jenis lagi produk..

kulit i jenis berjeragat @ frackels sejak dari kecik lagi okeh.. :D

so nak kurangkan atau nak pudarkan kulit muka i yang ber frackels tu punyalah susah.. kurang tu kuranglah jugak.. cuma sikit aje kesannya...

i ni pulak jenis suka berjalan dan meninjau kaunter-kaunter produk kecantikan dari dalam dan luar negara.. memang hobi ler sangatkan...*setahun 2 kali sahaja peruntukan untuk itu, lebih tak mampu :D*

So masa ternampak satu kaunter produk dari Malaysia ni.. i pun belek-beleklah produk yang berderet kat kaunter tu.. mulut ni pun ringan bertanya..

"Ada tak produk yang dapat kelulusan dari SIRIM dan berkesan untuk kurangkan jeragat di muka?"

So jurujual tu pun syorkan i sejenis produk ni lah.. i pun dengan jujurnya cakaplah cam ni ekk..

"Saya tak nak yang leceh dan banyak perabah! nak yang ringkas, selamat, suci dan halal.."

Wahhh.. gitewww :))

*gambar produk credit to GOOGLES*


So jurujual tu pun syorkan i dengan sabun jenis seperti gambar di atas tu hah!

terjojol-jojol! bijik mata i youuuu awww :))

"Jongkong Emas???? boleh gadai ke ni?"
muahhaahahaa :)) :))

setelah di beri keterangan panjang leborrr naa.. *lebih 2 jam hokey!* sebab i susah nak percaya camtu jerk.. kang kisah nak hilangkan jeragat tetiba tumbuh janggut! perghhh nauzubillah!

so i pun setujulah nak cuba produk di atas tu.. :D

pertama kali mencuba.. wahhh terus terasa kebekersanannya you! awww!! i likeeeee.. :)

serius memang bagus! tiada kesan pengelupasan langsung! itu yang i nak.. baca bawah tu.. tak kuasa nak ku taip! :D


i dah guna lebih 11 bulan! sebelum bertarung di gelanggang MasterChef Malaysia.. masa di MCM tu Ary Malik pun dah try.. dia pun suka! hah... giteww... :) beli ke tak Ary Malik tu Wallahualam.. :D

HASILNYA : kulit berjeragat nampak kusam dan banyak berkurangan dan yang nyata dah berbalam-balam giteeeww awww :D
lembut, licin, gebu dan menganjal! Awww... tak caya tanya Pak Habibi i yang tembamBOM tu.. dia aje yang tahu awww ;))


Harga RM60 kalau tak silap :D maklumlah masa membeli main pakai bayar resit cempak ke tong lepas tu! buat penuh kocek handbag i aje kan kan :D

boleh tahan lebih kurang 3 minggu ~ 4 minggu....
cara nak jimat potong sabun tu kepada 4 bahagian hah! dah tu masa sebelum nak mandi ke nak ambil air wudhu ke ko sental kat muka!
pastu bilas taw :)) jangan ko bior aje kang tumbuh perabah lain pulak! :))

lepas tu... nanti.. belum selesai lagi...


Lepas dah cuci.. lap kering-kering dengan tuala khas untuk muka atau i biasa dap aje dengan tisu lembut awww! yaa.. manjang awww :D produk di atas tu RM139 kalau tak silap.. tahan sebulan :)

dengan produk yang sama ko sental pulak kat muka... hah produk seperti gambar di atas tu yaa.. cik adik dan cik kak semua ;)


Untuk siang i pakai cream di atas tu... :D
barulah tepekkan dengan apa-apa lagi produk yang lain tu...
yang tu nanti bila i ingat nak update blogs ni i share kat you all hokey! :D


Malam lepas solat Isyak tu hah! ko sapukan pulak cream ni..
lepas baca doa tidur.. ko tidurlah! apa tunggu lagi....
ZzzzZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz... sampai esok... dan ulanglah lagi macam tu.. :)

****HALAMAK!! TERBALIK I TULIS TU.. KRIM SIANG YANG ATAS NI.. KRIM MALAM YANG ATAS TU.. DAH TAK KUASA NAK KU BETULKAN.. HARAP MAKLUM SEKIAN TERIMA KASIH YAA :D :))*


ni gambar boleh tahan barulah jugak! tak pakai make-up cuma lepstek aje.. :))
mata tak nampak sebab malu :D dalam kurungan gedikz! :))

biras kesayangan i tu pun bila tengok jeragat i dah pudar.. dok tanya i guna produk apa.. so i cakaplah.. rupanya dia dah guna dulu.. ya gitewww awww :D


Setiap yang muda pasti akan beransur tua.. i tak kisah tentang itu semua.. penjagaan adalah satu rutin penting buat i... bukan nak nampak muda... motto yang ku pegang... sebab memang perlu dah tu jerk! kang kalau kulit muka tu tak bersental perghhh.. berkerak! cett... lain tak de... :) N3 kali ini juga bukan di taja oleh produk di atas tu yaa.. semuanya ku tunjuk pastu bayorrr dah tu je.. lain tak de :D dan bukan i seorang aje di rumah yang amalkan penjagaan kulit muka.. anak-anak pun sejak kecil dah ku ajarkan.. Syukur Alhamdulillah setakat ni tak tumbuh lagi janggut ke haper! :)) setakat jerawat sebutir2 tu adatlah kan... :)

Sekian terima kasih N3 buat kali ini.. tunggulah hentah bila lagi nak ku hapdate! ni cepat aje masukkan N3 sebab gambor produk main pakai cekot dari Googles.. terima kasih uncle Googles yaa.. cayang dia.. :))

AYAT Bondaku >> "Ambil wudhu setiap kali nak bersolat, itulah cahaya seri wajah yang paling berkesan.." <<< SETUJU!!

Sekian sahaja.. jumpa lagi.. Assalammualaikum...

TATA!!