SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, June 28, 2012

Produk Penjagaan Muka Yang Shahriah Gunakan Sekarang Ini Aww


Assalammualaikum... :D

Sila abaikan mata yang sentiasa membengkak dan berbeg tu yaa :)) *trademark i tu* :)) dah tu kalau bersengkang mata tiap hari.. itulah hasilnya.. :) *sila jangan tenung lelama* macehh :D

dan wajah i di atas itu adalah wajah tanpa make-up!

i hanya menggunakan krim siang *Zmasha* dan sapuan foundation *MAC* dan sedikit olesan bedak compact *MAC*

bibir hanya di oleskan dengan sedikit pengilat bibir *lip gloss Estee Lauder*

blusher langsung tak pakai... eye shadow tak kuasa nak ku calit! :))

dah itulah sahaja make-up asas yang i alas jika keluar bersiaran atau bersantai bersama keluarga tersayang :)

Jika ada urusan kerja.. hah! tu lain cerita.. GROOMING IS IMPORTANT... i sanggup masuk kelas GROOMING bukan sekali banyak kali.. untuk apa? Keterampilan diri itu amat penting...khas buat kaum wanita tak giteww.. lebih-lebih tak de.. gitu jugak i ni.. sederhana sahaja... :D

Produk Penjagaan Muka Yang Shahriah Gunakan Sekarang Ini Aww! :D

*nama penuh tu yang tak tahan tu Aww! :D*

Okay i dulu i guna produk pencuci muka atau penjagaan kulit dari jenis Mary Kay, Estee Lauder dan beberapa jenis lagi produk..

kulit i jenis berjeragat @ frackels sejak dari kecik lagi okeh.. :D

so nak kurangkan atau nak pudarkan kulit muka i yang ber frackels tu punyalah susah.. kurang tu kuranglah jugak.. cuma sikit aje kesannya...

i ni pulak jenis suka berjalan dan meninjau kaunter-kaunter produk kecantikan dari dalam dan luar negara.. memang hobi ler sangatkan...*setahun 2 kali sahaja peruntukan untuk itu, lebih tak mampu :D*

So masa ternampak satu kaunter produk dari Malaysia ni.. i pun belek-beleklah produk yang berderet kat kaunter tu.. mulut ni pun ringan bertanya..

"Ada tak produk yang dapat kelulusan dari SIRIM dan berkesan untuk kurangkan jeragat di muka?"

So jurujual tu pun syorkan i sejenis produk ni lah.. i pun dengan jujurnya cakaplah cam ni ekk..

"Saya tak nak yang leceh dan banyak perabah! nak yang ringkas, selamat, suci dan halal.."

Wahhh.. gitewww :))

*gambar produk credit to GOOGLES*


So jurujual tu pun syorkan i dengan sabun jenis seperti gambar di atas tu hah!

terjojol-jojol! bijik mata i youuuu awww :))

"Jongkong Emas???? boleh gadai ke ni?"
muahhaahahaa :)) :))

setelah di beri keterangan panjang leborrr naa.. *lebih 2 jam hokey!* sebab i susah nak percaya camtu jerk.. kang kisah nak hilangkan jeragat tetiba tumbuh janggut! perghhh nauzubillah!

so i pun setujulah nak cuba produk di atas tu.. :D

pertama kali mencuba.. wahhh terus terasa kebekersanannya you! awww!! i likeeeee.. :)

serius memang bagus! tiada kesan pengelupasan langsung! itu yang i nak.. baca bawah tu.. tak kuasa nak ku taip! :D


i dah guna lebih 11 bulan! sebelum bertarung di gelanggang MasterChef Malaysia.. masa di MCM tu Ary Malik pun dah try.. dia pun suka! hah... giteww... :) beli ke tak Ary Malik tu Wallahualam.. :D

HASILNYA : kulit berjeragat nampak kusam dan banyak berkurangan dan yang nyata dah berbalam-balam giteeeww awww :D
lembut, licin, gebu dan menganjal! Awww... tak caya tanya Pak Habibi i yang tembamBOM tu.. dia aje yang tahu awww ;))


Harga RM60 kalau tak silap :D maklumlah masa membeli main pakai bayar resit cempak ke tong lepas tu! buat penuh kocek handbag i aje kan kan :D

boleh tahan lebih kurang 3 minggu ~ 4 minggu....
cara nak jimat potong sabun tu kepada 4 bahagian hah! dah tu masa sebelum nak mandi ke nak ambil air wudhu ke ko sental kat muka!
pastu bilas taw :)) jangan ko bior aje kang tumbuh perabah lain pulak! :))

lepas tu... nanti.. belum selesai lagi...


Lepas dah cuci.. lap kering-kering dengan tuala khas untuk muka atau i biasa dap aje dengan tisu lembut awww! yaa.. manjang awww :D produk di atas tu RM139 kalau tak silap.. tahan sebulan :)

dengan produk yang sama ko sental pulak kat muka... hah produk seperti gambar di atas tu yaa.. cik adik dan cik kak semua ;)


Untuk siang i pakai cream di atas tu... :D
barulah tepekkan dengan apa-apa lagi produk yang lain tu...
yang tu nanti bila i ingat nak update blogs ni i share kat you all hokey! :D


Malam lepas solat Isyak tu hah! ko sapukan pulak cream ni..
lepas baca doa tidur.. ko tidurlah! apa tunggu lagi....
ZzzzZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz... sampai esok... dan ulanglah lagi macam tu.. :)

****HALAMAK!! TERBALIK I TULIS TU.. KRIM SIANG YANG ATAS NI.. KRIM MALAM YANG ATAS TU.. DAH TAK KUASA NAK KU BETULKAN.. HARAP MAKLUM SEKIAN TERIMA KASIH YAA :D :))*


ni gambar boleh tahan barulah jugak! tak pakai make-up cuma lepstek aje.. :))
mata tak nampak sebab malu :D dalam kurungan gedikz! :))

biras kesayangan i tu pun bila tengok jeragat i dah pudar.. dok tanya i guna produk apa.. so i cakaplah.. rupanya dia dah guna dulu.. ya gitewww awww :D


Setiap yang muda pasti akan beransur tua.. i tak kisah tentang itu semua.. penjagaan adalah satu rutin penting buat i... bukan nak nampak muda... motto yang ku pegang... sebab memang perlu dah tu jerk! kang kalau kulit muka tu tak bersental perghhh.. berkerak! cett... lain tak de... :) N3 kali ini juga bukan di taja oleh produk di atas tu yaa.. semuanya ku tunjuk pastu bayorrr dah tu je.. lain tak de :D dan bukan i seorang aje di rumah yang amalkan penjagaan kulit muka.. anak-anak pun sejak kecil dah ku ajarkan.. Syukur Alhamdulillah setakat ni tak tumbuh lagi janggut ke haper! :)) setakat jerawat sebutir2 tu adatlah kan... :)

Sekian terima kasih N3 buat kali ini.. tunggulah hentah bila lagi nak ku hapdate! ni cepat aje masukkan N3 sebab gambor produk main pakai cekot dari Googles.. terima kasih uncle Googles yaa.. cayang dia.. :))

AYAT Bondaku >> "Ambil wudhu setiap kali nak bersolat, itulah cahaya seri wajah yang paling berkesan.." <<< SETUJU!!

Sekian sahaja.. jumpa lagi.. Assalammualaikum...

TATA!!