Assalammualaikum... :)
Dah tiba masanya i berkongsi pulak yaa.. hobi masa lapang i bila di rumah :D
Dan Deco yang bakal i kongsikan buat anda semua kali ini adalah ruang tamu kedua di rumah i...
Ada banyak ruang! bayangkan i sorang aje yang nak mengerjakan semua tu.. pitam ++++++pengsan!!!!!!!
Kini tidak lagi pitam atau pengsan.. sebab sekarang ni.. dah ada pekerja yang akan datang kerumah i.. 3 kali seminggu untuk mengelap, mencuci, menyapu dan mengemop satu rumah!
memang ringan sangat kerja i sekarang :D
Kalau tidak tiap pagi bangun awal, keluarkan karpet, lap debu, sapu sampah! mop lantai! huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(
selalu jugak mengeluh!! bukan sekali banyak kali! :))
tak suka berhabuk dan bersepah punya pasal i buat jugak! kuatkan semangat :D
i jarang juga mengalih dan susun atur segala ruang di rumah i ni.. cuma bahagian dapur hah! tu memang selalu i ubah sana-sini :D
*sebab ruang dapur i tak besar.. kecik je :D tapi sarat dengan pelbagai peralatan ;)
i akan ubah suai susunan perabut dan gantikan perhiasan atas meja atau celah-celah tu setahun 2 kali je :D tu pun ikut mood i.. bila busy dengan kerja penulisan i... memang i tak akan ubah langsung! dah selesai siapkan satu-satu manuskrip tu hah!
masa tulah baru i ada mood dan idea untuk mengatur semula segala perabah yang ada tu :D
*sebelum deco*
ruang tamu kedua.. hanya setahun sekali atau dua kali sahaja di gunakan.. selebihnya keluarga atau tetamu yang datang lebih suka bersantai di ruang tamu pertama yang terletak di bahagian hadapan.. *nanti i share* :D
dan kalau you all masuk ke dalam rumah i... inilah ruang tamu yang you all akan terjumpa! :))
dan lepas tu semua akan terus jalan dan terus ke ruang tamu ke-tiga! *nanti i share* :D
ala-ala vintage.. kiranya dah kuranglah tu.. kalau tidak sebelum ni.. segala yang ku cat putih semuanya bertampal dengan kertas bunga ala vintage!
jemu-jelak dah!
ku catkan semuanya putih polos... tak ada tampal-tampal lagi dengan sticker!
sebab jemu :D
i ni pengkoleksi teko atau apa jua yang ada berbunga vintage..
dari berbelas teko kecik yang ada.. hanya tinggal beberapa sahaja!
yang lain dah berderai dek kerana tangan-tangan comel yang datang bertandang *anak-anak sedara kesayangan i yang sangat peka terhadap perhiasan kaca* :D
dengan motto..
"Siapa suruh ko letak sha!!"
hah! kan dah... :D
koleksi vintage rasanya dah ada 3 almari penuh!
jemu dah sekarang ni.. so keluarkan aje satu dua.. tu pun tak lama lagi dah nak di simpan...
jemu! :D
pengumpul teko yang tegar :D
ada bermacam-macam jenis dan rupa bentuk..i rasa lebih 30 teko yang i dah ada! vintage dan lain-lain lagi.. kumpul sejak dulu lagi.. ada yang more than 25 years.. *i beli bukan bonda i punya* :D
i gunakan tau... tak ada yang i tak guna.. tetamu datang i keluarkan... jadi tidaklah membazir..:)
jemu-jelak dah dengan susunan seperti di atas tu..
kisah beberapa minggu yang lalu..
i adalah mood dan idea cikit :D
kebetulan Abang Aemir tak ada tusyen petang tu, dan ada anak angkat i datang..
apalagi suruh ler hero2 i tu tolong angkat mana yang patut! :D
memang patut pun.. perempuan mana boleh angkat berat-berat kan kan..:))
tolak sana tak kena!
tolak sini tak kena!
serba-serbi tak kena!
Abang Aemir kata...
"Apa kena-mengena???"
muahahahaa :))
nak-nak sudut yang di atas tu paling susah nak ku bagaikan!
jemu dah!!!
lama berfikir dan terfikir...
sambung nanti yaa... ;)
Assalammualaikum..
TATA!!