SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, November 29, 2012

Update Hasil Tanaman Kebun Mini 29hb Nov 2012


Assalammualaikum... dan Selamat sejahtera buat semua teman-teman yang sering berkunjung ke blogs hobi i yang sekarang ni sedang hangat dok bercucuk tanam.. tu pun dah slow sikit sebab sejak kebelakangan ni sibuk dengan pelbagai urusan dan undangan...

Apa pun tiap hari bila ada kelapangan pasti akan jengah kebun mini i tu..
sebab banyak tanaman i yang sedang membuahkan hasilnya...
macam biasalah mesti terkedek-kedek dengan raga misteri i tu...
datang dengan satu raga dan gunting..
pulang pasti penuh berisi raga misteri i tu! :D

kali ni i nak ajak you all jengah tanaman yang ada di kebun mini i tu.. hanya sebahagian yang sempat i edit gambar.. nanti bila2 ada kelapangan nanti i share lagi ekk.. ;)


Pokok serai.. ada lebih 6 rumpun...
sedang segar tu...
ada yang dah hampir botak sebab tiap hari ku cangkul buat masak! :))
yang ini Pak Habibi tak kasi cangkul!
dengan alasan.. bagi dia mengembang sepenuhnya :D


pokok kacang panjang yang ada 6 batang tu..
tiap hari berbuah...
hasilnya selang sehari akan ku petik dan masak.. kekadang buat ulam je.. tak pun sedekah kat jiran tetangga..
Pak Habibi dah semai lagi.. 6 pokok...dah tinggi 3 jengkal..
lepas pokok yang di atas tu selesai berbuah.. dah ada pelapis!
so stok pokok kacang panjang i tak akan putus ler jawabnya :D


pokok pudina i...
panjang dan terjuntai-juntai dalam pasu..
i sangkutkan kat atas para buluh :)
dah ada lebih 4 pasu yang Pak Habibi pindahkan.. dah gemok dan lebat berdaun..
i buh kat tepi pintu dapur.. segau mata memandang taw! aww.. :)
asalnya i cuma cucuk 2 batang daun pudina yang baki i beli di pasar.. tak sangka dah boleh berniaga banyaknya hehehee...


pokok kacang bendir jangan ceritalah..
dah macam ladang... ada lebih 40 pokok..
tiap hari petik.. rebus buat ulam memang best!
my fav and my hero no 1 pun yaa..


pokok lada hijau..
asalnya i beli dari pekebun kecil tepi jalan.. dulu i dah pernah masukkan N3 pokok lada hijau ni kan..
so sekarang memang sedang lebat berbuah...
petik buat ulam.. patah-patahkan renjiskan kicap
makan dengan nasi panas.. perghhhhhhhhhhhhhhh


bergayut-gayut.. geram je tengok..
ada lebih 6 pokok kalau tak silap..
siram tiap hari.. berbuah ler jawabnya tak berhenti..
buat sambal belacan guna lada hijau pun sedap tau.. tak caya.. cecuba.. cecuba..


pokok selasih..
hah! pokok ni pun jangan cerita. memang banyak dan rimbun je pokoknya..
ada tu yang sampai patah sebab terlalu berat dan rimbun dengan daun..
i suka masak kacang panjang bening buh daun selasih bebanyak..
slurppp.....
sedara-mara kalau datang mesti petik punyalah..
kalau di cantas tiap masa.. maka semakin banyaklah daunnya dan besar2 dan segar...


pokok berbuas..
hah! yang ni tanam kat depan rumah... dekat taman mini satu lagi... 
pun banyak... tetapi pokok berbuas yang ini special sebab sentiasa di cantas dan rendang je dia..
mudah nak petik.. sebab i sebaya dengan pokok tu rendang jew! :))


pokok strawberry dah tak berbuah..
Pak Habibi dah semai lagi.. dah ada banyak pasu...
i janji nak masukkan N3 bagaimana nak semai pokok strawberry kan.. sabar yaa.. mesti i share punyalah!
so lepas ni tak perlu lah beli lagi yaa.. save cost :D


pokok ceri dah share hari tu.. tiap hari berbuah tak berhenti..
tak termakan sedekah kat burung jew :D

dan ada banyak lagi pokok yang sedang berbuah di rumah i ni..
antaranya :

Pokok pulasan..
Pokok Durian *sedang lebat berbuah dan puas makan sekarang ni :D
Pokok Manggis..
Pokok Rambutan gading *kuning
Pokok Jambu mawar...

tu nanti.. bila dah masak ranum baru i share ekk..

Oh! yaa.. hari tu ada teman yang buh komen nak tengok pokok dan buah mulbery macam mana?
Okay nanti ada masa i snap gambar dan share yaa.. terima kasih buat semua teman-teman yang tak jemu singgah di blogs i ni yaa..

Sekian dulu..

Tunggu Next N3..

Assalammualaikum..

TATA!!

Wednesday, November 28, 2012

Pokok Ceri Lebat Berbuah!


Assalammualaikum... dan Selamat Sejahtera buat semua teman-teman..:)

Sorry dah lama tak update blogs hobi i ni kan.. bukan tak ada cerita.. cuma masa tu yang tak cukup.. mana nak cukup.. blogs aje ada 5! semua nak kena update :D

Okay kali ni i nak  share dengan kengkawan semua.. pokok ceri yang i tanam tu sedang lebat berbuah!
sebelum ni i ada share.. tapi i tak pulak buatkan folder khas.. memandangkan pokok ceri i tu dah ada 5 pokok.. rendang je taw! tu yang i buat folder khas... untuk pokok ceri.. :D


tu dia pokok ceri i yang sedang lebat berbuah...
ada 2 pokok di atas tanah..
dan lagi 3 masih ada dalam pasu dan belum ada kesempatan nak pindahkan ke tanah..
tengoklah esok lusa bila ada masa nanti i akan pindahkan...

sangat lebat berbuah.. mungkin sebab sekarang musim panas dan hujan...
tu yang lebat berbunga dan berbuah...

JOM! tengok!


lebat sangat berbuah.. kekadang tu habis di makan burung.. 
tak pe.. tak pe... sharing is caring :D


rupa buah ceri yang masih muda....


yang dah masak ranum.... slurrpp ahhh..


lagi celah daun...
geram tengok kalernya yang merah dan berkilat..
kekadang tu tak petik sebab suka tengok buah tu bergayut!
cute sangat! eeee.. geram :D


sama kot gambar ni dengan yang kat atas tu tadi!
muahahaa.... :))


Pokok Strawberry i dah ada banyak!!!
lebih 8 pokok!
Pak Habibi dah semaikan.. nanti Next N3 i show you how to tanam pokok strawberry ekk.... sabar.. k... ;)


tapak tangan i tu! hehehe...
besor-besor tau buah ceri kali ni berbuah.. lebih besar dari Syiling 50 sen!!!
pokok mulbery i pun sedang lebat berbuah..
asyik di petik tak sempat nak snap gambar..

sabar menanti yaa...

Sekian dulu..

Assalammualaikum..

TATA!!
 

Tuesday, November 13, 2012

Pokok Kacang Bendir Dan Hasilnya


Assalammualaikum... :)

diam tak diam... macam baru semalam Pak Habibi TembamBOM i semai benih kacang bendir... :D

Tup! Tap! Wahhh! Pokok Kacang Bendir Pak Habibi dah membuahkan hasilnya.. best betullah!

i pat menyemai memang bukan kerja i :))

tapi bab snap gambar dan petik memang HOBI i! :D


banyak benih kacang bendir Pak Habibi semai dalam poly bags..

semai dari benih biji...

tiap hari siram...

dan bila dah tumbuh 2 jengkal terus Pak Habibi pindahkan ke dalam poly bags..


siram tiap pagi dan petang....


sekali yang tumbuh punyalah banyak..
 Kacang bendir memang fav i dan hero no 1 i.. Abang Amin... :D

Pak Habibi.. sorry sayur memang tak makan.. tapi dia cakap kalau bendir ni berhasil dia nak cuba makan.. ;)


pindahkan ke tanah...
buh tanah baja.. dan gembur 2 minggu sekali.. siram tiap hari...

 i pulak kalau dah di tanam.. i tak suka tenung lelama..
sambil menyiram tu.. i buat nampak tak nampak je.. takot lambat benor besarnya! :))


tu dia bunga kacang bendir...

sekali berbunga.. serentak!

lepas ni memang tak termakanlah jawabnya.. :D


tu dia... berbuah dahhh....
berbuah serentak.. banyak pulak tu... dalam satu pokok tu kekadang naik sampai 4 biji sekali dia berbuah..

apalagi terus ler i jinjit 'BAKUL MISTERI' i teww...
amik gunting dan mulalah petik! ;)

 dan inilah hasil petikan i dalam 'RAGA MISTERI' i tu.. jangan memain.. memacam ada tu.. :)
 tu dia... nampak tak kacang bendir i dok terselit celah 'RAGA MISTERI' i tu :D

masa petik tu.. wah! bestnya.. nak goreng sedap ni!
 ada jugak buah durian!

ada sepokok yang berbuah.. waduh! berat bakul i tetiba! :))

 Petik pulak... daun rosemary....
memang tengah rimbun sangat...
geram punya pasal.. gunting dalam 3-4 batang...


kacang panjang pun ada.. adalah dalam 5-6 batang..
goreng dengan kacang bendir memang sedap ni!

slurrpppp ahhhh... :D

Buah capsicum kerdil i pun banyak yang masak... terus petik..

Sekian sahaja cerita kali ini...

untuk resipi nanti i share di blogs THE WRITER'S COOKING

Jumpa lagi.. jaga diri....:)

Assalammualaikum...

TATA!!

Thursday, November 8, 2012

Capsicum Kerdil


Assalammualaikum... :)

Tu dia... cili capsicum kerdil i... ;)

Hampir-hampir terlupa nak masukkan N3 tentang pokok cili capsicum i yang dah lama duk membesor kat taman mini i tepi rumah tu.. :D


Tu dia.. pasu tu besar tau..

Okay asalnya beli dari benih yang kecik je.. satu pasu RM8..

masa tu belum berbuah... masa nak beli benih pokok cili capsicum tu.. i tanya dengan taukeh nursery tu..

"Betul ke ini cili capsicum???? boleh hidup ke??"

ye, tak ye je.. you aii... :D

dalam ye, tak ye.. beli jugak sepasu! :))

tiap hari siram dan buat tak nampak je..pastu sekarang ni kan musim hujan..

sekali dia berbuah!!!

hambik ko!!! :))


serius memang sebiji lada capsicum yang besar tu...

warna hijau.... lepas tu bila separa matang.. dia kuning.....


pastu baru merah menyala...

i loikeeeeee :D


tadi pagi i petik yang mada dah masak ranum...

comey betulah!!!

geram sangat! macam nak picit-picit!!!


mungkin sebab tak di jengah selalu..

buahnya agak merekot...

anggornya tak cukup belaian! aww :D


kerdil kan???

cute!!!


tu nampak tak pasu tertenggek atas meja batu tu?

hah! i pindahkan ke situ.. biar nampak..

lepas ni belai lebih sikit..

masih lebat berbuah tau.. :D


hasil petikan di kebun mini i tadi pagi...

dah selesai i masak untuk tengahari Jumaat 9 November 2012

rasanya sama macam capsicum yang besar tu.. baunya pun sama taw :D


tu dia menu i tengahari tadi dengan menggunakan hasil petikan tanaman tepi rumah..

nak resipi.. sila jengah sini...


Sekian jumpa lagi...

Assalammualaikum...

TATA!!

Wednesday, November 7, 2012

Update Roses Garden 8 November 2012


Assalammualaikum.... Selamat Pagi semua :)
 Update Roses Garden...

baru sahaja i snap gambar bunga-bunga rose i yang sedang kembang mekar dengan galaknya..

bau harum setiap kali buka tingkap di pagi hari...

ceria aje i you :D


banyak yang sedang berkuntum...

menanti untuk mekar...

petang nanti tu sure kembang punyalah!


jenis roses baldu.. besar kelopaknya..

baunya harum...

tahan lama... :D


white roses....


memang tak putus-putus berbunga..

padahal dah lama juga i tak kemburkan tanah dan buh baja...

jap lagi ni.... ingat nak kemas kinikan..

maklumlah sekarangkan musim hujan..

so masa di tanah agak terhad :D


orange roses...

atau golden roses....

sangat galak berbunga


masaalah yang sedang i hadapi..

habis daun rose tu di makan serangga,

ingat petang nanti bila free nak spray dengan racun serangga...

mintak2 jangalan hujan


roses yang ada dua keler...

pink and cream...

daunnya pun habis rosak di makan serangga... hrmmmm :(


nampak tak daun tu?

berlubang-lubang.. bila tengok geli pun ada :))




habis daun di makan serangga...

hadoii... terus hilang  mood...

banyak kerja nak di bikin ni...

nak kena gunting daun2 yang di makan serangga tu...


rumput pun dah mulai tumbuh celah pokok2 roses tu...

musim hujan kan sekarang ni...

pagi ni panas.. i akan kuatkan semangat cabut sikit2 rumput yang tumbuh...

cikit je :D



yang ini jenis kelopak besar yang macam jual di kedai tu...

hari tu masa kembang mekar i terlupa nak snap gambar...

bila hujan, panas, hujan...

dah lodoh dan kering..

tak pe.. sekarang ni tengah berbunga lagi... nanti i share lagi ekk...

sambung nanti..

Assalammualaikum..

TATA!!