SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label SHASHA SUKA BERCUCUK TANAM PETIK LAGI LER LER SUKA. Show all posts
Showing posts with label SHASHA SUKA BERCUCUK TANAM PETIK LAGI LER LER SUKA. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Nyaris Jadi Nangka Busuk! Keranamu Pulasan dan Langsat! Fuyooh...


Assalammualaikum.... FuyoOoooooHhhh.... lamakan tak update blogs! :D

Tu dia... bila update keluar pulak gambar buah pulasan :D

Okay menyepi lama dan tak berkesempatan nak update blogs dek kerana sibuk melayan kerenah anak-anak yang bercuti sekolah... anak kecik cuma sorang jer.. tambah lagi 3-4 orang anak-anak sedara yang sesak di rumah... bila dah sesak.. hah! mulalah memacam yang di buat.. :)


Okaylah di pendekkan kisah.. i ni kan ada 5 buah blogs.. yang perlu di update.. so terpaksalah mengagih-agihkan masa dan edit gambar untuk tiap-tiap blogs i tu... hmm... dah lama tak update blogs.. serius memang kelaut i tell you...

Okaylah ni nak mula berkisahlah ni yer... gambar di atas tu.. tulah pokok buah pulasan kat rumah i... bukan di tepi dan belakang kebun sana tu.. tapi depan rumah.. ke kiri sikit.. hah! dari tepi beranda memang jelas ler nampak pokok pulasan yang sedang bergayutan masak ranum...


bukan pokok pulasan aje tau.. pokok buah rambutan gading keler kuning tu pun tengah lebat berbuah.. tiap petang hah! my PA yang akan jolok buah-buahan tu dan buh dalam raga.. dan lepas tu buh kat meja dapur.. siapa nak makan.. silalah amik :D


tu dia.. pokok buah langsat...

memang manis dan i memang suka sangat dengan buah langsat.. kalau buah dukong sorry i memang tak berapa suka.. sebab dia banyak getah... bila makan lebih sikit.. esoknya mesti batuk! :D

berbuah tu bukannya banyak naa... tiap hari tengok dan jengah.. selagi tak masak ranum buah langsat tu.. bukan apa buah tu alahaiii adalah dua gugus... lambat sikit petik aje memang ler sedekah kat burung...


satu-satunya pokok buah langsat yang ada kat laman rumah i...

itulah yang ada.. jangan ko tanya ada lagi ke yang baru kutanam.. memang tak de...


kerusi plastik yang dah patah riuk..

siapa yang patahkan???

siapa lagi.. i ler... heehee...

kononnya nak petik buah langsat tu... tak ler tinggi sangat... perghh... molek je i diri atas kerusi tu... 

PRAPPPP!!!


 tu dia... mujur tak tersembam macam nangka busuk.. badan tu pulak comei muahahaaa :))

mujur ada Pak Habibi dialah yang sambut i dari tersembam ke tanah! awwwww ;))


psttt... sebelum kerusi tu patah kan kan..

dapat jugak ku capai barang segenggam!!

masa tu bangga tahap FuYooHHhhhh :))


last-last Pak Habibi yang dapat petik..
tak ler banyak.. dapatlah dalam setengah baldi kecik...


tang pokok buah pulasan gitu jugakk..

niat di hati nak cuba panjat nak cuba skill masa jeman kekanak dulu.. hampeh! Pak Habibi warning tak bagi i panjat.. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

tak pe.. tak pe.... pokok tu rendang..

petik dari bawah jewwww :D



ini hasil yang i petik dari bawah pokok :D


makan bawah pokok memang best! :D


tu Pak Habibi... dia boleh pulak panjat...
wal hal... perbezaan fizikal kami sangat ketara.. i tembam.. dia lebih TEMBAMBOMMMM!!!

:))


banyak jugak dapat...

agih-agihkan pada keluarga dan jiran tetangga...

ada banyak lagi atas pokok tu.. esok lusa selesailah tu :D


isinya tebal dan sangat manis...

one of my fav local fruits..

Okay sekian dulu.. sambung nanti.. ada banyak N3 yang bakal i masukkan dalam blogs hobi i ni... 

termasuklah pokok buah tomato i yang dah mula menjalar... ;)

Tungguuuuu.... 

Sekian dulu... Assalammualaikum...

TATA!!

Thursday, November 29, 2012

Update Hasil Tanaman Kebun Mini 29hb Nov 2012


Assalammualaikum... dan Selamat sejahtera buat semua teman-teman yang sering berkunjung ke blogs hobi i yang sekarang ni sedang hangat dok bercucuk tanam.. tu pun dah slow sikit sebab sejak kebelakangan ni sibuk dengan pelbagai urusan dan undangan...

Apa pun tiap hari bila ada kelapangan pasti akan jengah kebun mini i tu..
sebab banyak tanaman i yang sedang membuahkan hasilnya...
macam biasalah mesti terkedek-kedek dengan raga misteri i tu...
datang dengan satu raga dan gunting..
pulang pasti penuh berisi raga misteri i tu! :D

kali ni i nak ajak you all jengah tanaman yang ada di kebun mini i tu.. hanya sebahagian yang sempat i edit gambar.. nanti bila2 ada kelapangan nanti i share lagi ekk.. ;)


Pokok serai.. ada lebih 6 rumpun...
sedang segar tu...
ada yang dah hampir botak sebab tiap hari ku cangkul buat masak! :))
yang ini Pak Habibi tak kasi cangkul!
dengan alasan.. bagi dia mengembang sepenuhnya :D


pokok kacang panjang yang ada 6 batang tu..
tiap hari berbuah...
hasilnya selang sehari akan ku petik dan masak.. kekadang buat ulam je.. tak pun sedekah kat jiran tetangga..
Pak Habibi dah semai lagi.. 6 pokok...dah tinggi 3 jengkal..
lepas pokok yang di atas tu selesai berbuah.. dah ada pelapis!
so stok pokok kacang panjang i tak akan putus ler jawabnya :D


pokok pudina i...
panjang dan terjuntai-juntai dalam pasu..
i sangkutkan kat atas para buluh :)
dah ada lebih 4 pasu yang Pak Habibi pindahkan.. dah gemok dan lebat berdaun..
i buh kat tepi pintu dapur.. segau mata memandang taw! aww.. :)
asalnya i cuma cucuk 2 batang daun pudina yang baki i beli di pasar.. tak sangka dah boleh berniaga banyaknya hehehee...


pokok kacang bendir jangan ceritalah..
dah macam ladang... ada lebih 40 pokok..
tiap hari petik.. rebus buat ulam memang best!
my fav and my hero no 1 pun yaa..


pokok lada hijau..
asalnya i beli dari pekebun kecil tepi jalan.. dulu i dah pernah masukkan N3 pokok lada hijau ni kan..
so sekarang memang sedang lebat berbuah...
petik buat ulam.. patah-patahkan renjiskan kicap
makan dengan nasi panas.. perghhhhhhhhhhhhhhh


bergayut-gayut.. geram je tengok..
ada lebih 6 pokok kalau tak silap..
siram tiap hari.. berbuah ler jawabnya tak berhenti..
buat sambal belacan guna lada hijau pun sedap tau.. tak caya.. cecuba.. cecuba..


pokok selasih..
hah! pokok ni pun jangan cerita. memang banyak dan rimbun je pokoknya..
ada tu yang sampai patah sebab terlalu berat dan rimbun dengan daun..
i suka masak kacang panjang bening buh daun selasih bebanyak..
slurppp.....
sedara-mara kalau datang mesti petik punyalah..
kalau di cantas tiap masa.. maka semakin banyaklah daunnya dan besar2 dan segar...


pokok berbuas..
hah! yang ni tanam kat depan rumah... dekat taman mini satu lagi... 
pun banyak... tetapi pokok berbuas yang ini special sebab sentiasa di cantas dan rendang je dia..
mudah nak petik.. sebab i sebaya dengan pokok tu rendang jew! :))


pokok strawberry dah tak berbuah..
Pak Habibi dah semai lagi.. dah ada banyak pasu...
i janji nak masukkan N3 bagaimana nak semai pokok strawberry kan.. sabar yaa.. mesti i share punyalah!
so lepas ni tak perlu lah beli lagi yaa.. save cost :D


pokok ceri dah share hari tu.. tiap hari berbuah tak berhenti..
tak termakan sedekah kat burung jew :D

dan ada banyak lagi pokok yang sedang berbuah di rumah i ni..
antaranya :

Pokok pulasan..
Pokok Durian *sedang lebat berbuah dan puas makan sekarang ni :D
Pokok Manggis..
Pokok Rambutan gading *kuning
Pokok Jambu mawar...

tu nanti.. bila dah masak ranum baru i share ekk..

Oh! yaa.. hari tu ada teman yang buh komen nak tengok pokok dan buah mulbery macam mana?
Okay nanti ada masa i snap gambar dan share yaa.. terima kasih buat semua teman-teman yang tak jemu singgah di blogs i ni yaa..

Sekian dulu..

Tunggu Next N3..

Assalammualaikum..

TATA!!

Monday, November 5, 2012

Update Pokok Kacang Panjang


Assalammualaikum.... :)

Apa khabar semua? sihat dan ceria hendaknya ya... ;)

Okay nampak tak kacang panjang yang sedepa lebih tu?

tu dia... hasil tanaman Pak Habibi TembamBOM i... dah membuahkan hasilnya...

dan Aliff Bom! BOM! i jadikan props i di celah pokok kacang panjang yang segau dan bugau tu :D


tu dia... dari jauh dah nampak terjuntai-juntai...


panjang dan segar! i loikeeee.... :)


panjang-panjang!


sampai mencecah ke tanah.... :D


petik dan patahkan.. pastu kunyah!

perghhh rangup sangat!



buah yang pertama Pak Habibi tak kasi petik..


ada dalam dua batang yang di biarkan.. nanti boleh di jadikan benih... :)


kacang panjang muda.. lagi 2-3 hari dah boleh petik... :)


yang atas para pun bukan main segar...
berselirat....


dan terjuntai-juntai gitewww... 

lebornya muka aliff! :))


lagi terjuntai celah para :D

masa snap gambar ni i duk bawah para.. sambil mendongak :D


panjang!!!! lebih sedepa panjangnya.. 

petik satu jadikan sayur goreng! :))

Aliff cakap cukup untuk dia sorang :D


awwww!!!! ;))

hasil petikan kami pagi tadi...

i gorengkan dengan cendawan waduhh.. enak dan rangup!


nampaknya sebulan dua ni manjang makan kacang panjang aje ler jawabnya yaa...

hulurkan juga ke rumah jiran kanan dan kiri...

bagi keluarga terdekat.. :D

sekian N3 kali ni...

sambung nanti....

Assalammualaikum..

TATA!!

Saturday, October 27, 2012

Pokok Kacang Panjang Part (2)


Assalammualaikum... salam santai hujung minggu ya kawan-kawan.. :D

Awal pagi tadi cuaca cerah.. memang sesuai snap gambar... ;)

Nampak tak gambar di atas tu??

Ya, pokok kacang panjang yang Pak Habibi i tanam tu dah membuahkan hasilnya :D

Suka! suka! suka!

~poyo~ :D


asalnya dari benih.. pokok kacang panjang... ;)

Yang mana terlepas N3 Part (1)



Dari benih...

mula bertunas... lepas tu membesar..

pindahkan ke tanah... 


siramkan dengan air.. pagi dan petang...

buh baja 2 minggu sekali :D


Pak Habibi kesayangan i tu buatkan para khas untuk kacang panjang menjalar dan melilit..

tiba bab ni i paling tak sabar!

suka tengok pokok menjalar :D


nampak tak tu??

ya.. dah menjalar dan melilit kat para buluh yang Pak Habibi buatkan untuk i...

suka betullah!

sama rap aje i berdiri bawah para tu :))



nampak tak  kacang panjang i tu??

panjang dan segar naaa....

i like.. :D



jawabnya lepas ni menyayur kacang panjang manjang aje ler dapur i tu kan kan.. ;)

dah menyayur pun :D



Next N3.. tunggu i update pokok kacang bendir i tu yaa.... ;)

sekian selamat bersantai hujung minggu...

Assalammualaikum..

TATA!!