SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, July 6, 2012

Merah Itu Warna Pilihanku...


Assalammualaikum.. :)

Wahh.. nampaknya.. semenjak dua menjak ni i dah semakin rajin meng-up-date blogs hobi i ni kan :))
Bukan apa.. selama ni.. i tak terfikir pun nak masukkan N3 sebegini rupa :)) kat blogs hobi i ni.. semata-mata barang-barang yang i kumpul aje i masukkan kat sini.. so masa i update blogs PENULISAN KLIK SINI tu kan kan.. kenapa tidak i terus sahaja sharekan apa yang i pakai dan sedikit sebanyak kisah sepanjang berada di konti RTM 1 pada 6HB Julai 2012 demi mempromosikan karyaku yang ke~8 KERANA SEBIJI EPAL KARYAKU YANG KE~8


Dan selepas ini Insya~ALLAH jika ada kelapangan waktu.. akan terus sahaja ku up-datekan di sini.. memandangkan ramai yang in box i di laman Facebook... yang meminta i share pakaian dan tudung yang i pakai sepanjang apa jua majlis.. rupanya ada yang menjadikan i sebagai ikon fesyen mereka :) wahhh... tak sangka i yoUuu.... macehh yaa.. walaupun i bukanlah artis fofular... aww ;))

Wahh.. banyak yang i dah terlepas tu.. hehehe.. tak pe.. perlahan-lahan nanti bila ada kelapangan i akan share pakaian-pakaian dan fesyen tudung yang i gayakan sebelum ni yaa.. macehh.. kepada yang follow perkembangan i selama ini... *i memang sedang mengembang sangat dah ni!* gems.. *gemoks* serius ni okeh.. tak pe.. tak pe.. tak lama lagi dah masuk bulan puasa... :)

Okay kali ni i masukkan dulu N3 terbaru di mana i telah menerima jemputan bagi Slot Resensi Selamat Pagi Malaysia RTM 1. Baru-baru ini.. 6hb Julai 2012 << wahh tulis penuh sebab untuk diari i jugak ni.. tu yang bagusnya ada blogs ni kan.. i like.. sangat! :)

Sila betulkan duduk anda.. yang mana nak terkucil tu.. pergilah dulu.. tak pe.. tak pe.. i tunggu... :))


6hb Julai 2012... hari Khamis...

i menginap di sebuah hotel :) bertolak dari JB 5hb Julai, selepas solat Maghrib.
Di temani buah hati pengarang jantung i.. Dak kerempeng Nellysha dan Pak Habibi kesayangan i tu... dengan menaiki kereta porche *hanya pada pandanganku sahaja* :))

Dak kerempeng terpaksa ponteng sekolah :)) sebab i malas nak angkat HP sebab kalau i outstation di mana-mana pun tanpa dia.. setiap 5 minit dia akan called i! cett.. tu yang ko pontengkan sekolah.. dia tak sekolah.. tapi beg sekolah hantarkan ke diver van sekolah.. ya giteww kalau sekolah cina okeh! lepas tu balik nanti.. buat ler ko kerja sekolah yang berlubur tu :)) ya giteww..

Nak di jadikan cerita.. i tiba di kl tepat jam 12 tengah malam.. mata mengantuk dan lepak ler sangat.. sebab petang sebelum bertolak tu i ada event lain.. hadoii penat jangan cerita ler yang oiii.. penatttttt sangat! tak cukup kaki dan tangan!

Sampai aje bilik hotel.. perut i lapar *padahal sepanjang perjalanan memacam yang ku kunyah!* antaranya pau kacang merah, pau kari daging, kerepek ubi dan bla.. bla.. air 2 litre! *berhenti kat highway 3 kali sebab terkucil! tu yang lapo! kot... :))

nak tahu apa yang i teringin nak makan? sambil mata pejam *mengantuk* dan berkhayallah nak makan bubur nasi di Kampung Bharu.. memang fav i kalau ada di KL.. mesti singgah punyalah! dan nak minum nescaffe! cecewahh.. korang tahu apa Pak Habibi i jawab..

"Dah malam.. tido.. esok nak bangun pagi!"

Dengan muka tak puashati *tak pe.. tak pe.. korang tak nampak muka i masa tu :)) gambar pun tak de!* phewww lega! :)) terus ler tido dengan perut lapo tak sudah! :)) dan sedikit ada makan hati dengan Pak Habibi muahahaaa :))


Bangun tepat jam 6:00 pagi dan terus mandi dan solat subuh.. bersiap dan berdandan aww...

ini selendang@tudung yang kupakai :))


wahh.. giteww posingnya!
kalau you all nak tahu.. i ni kan paling tak suka pilih tudung@selendang dan baju untuk apa jua majlis! memang tak suka! lecehhhhh laaaa... :))
dan ini pengakuan jujur yang you all tak tahu selama ini.. ni i nak cerita ler ni ekk... bukan untuk event ini aje tau.. setiap kali ada undangan majlis apa pun! memang malas nak pilih tudung@selendang apa nak ku pakai, baju dan juga kasut juga handbag!!! ehhh pendek cerita memang tak suka! macam panjang cerita! :))

So masa lagi 3 jam nak berangkat tu.. i buka almari yang tak terkira pintunya tu *bukan eksen info benar ni*:))

so i pilih sehelai jubah corak batik yang i beli dari Indonesia 2 tahun lepas! tak pernah kupakai.. keler hijau dan ada manik penuh... baca betul2 hijau okeh! *warna yang paling sikit dalam lemari baju i tu* :)) dan tak kutahu kenapa baju itu yang menjadi pilihanku :))

dan sehelai tudung bawal berkerawang berjahit manik.. juga tidak pernah ku pakai sebelum ini.. *serius i tak pernah pakai tudung bawal selama ini, walaupun i pengkoleksi tudung bawal yang tegarrr ;) pastu masukkan dalam beg...

cerita tidak berakhir di situ... pusing balik.. buka satu lagi pintu almari dan termenungggggggggggggggg........lama hokeh! :))

capai sehelai baju kurung kain sutera italy.. *baju raya 4 tahun lepas!* hambik ko! :))
pernah pakai sekali :)) keluarkan dari hanger dan cempak dalam beg! *dengan motto* i selalu bertukar fikiran last minit.. tak caya tengoklah nanti.. *cakap dalam hati untuk diri sendiri jugak!*
kais-kais dalam laci selendang.. *kais sampai bergumpal* :))
jumpa keler merah! hah! lipat cempak dalam beg*cempak okeh!* stok tak kuasa :))


Dan akhirnya... baju kurung yang tak kuasa ku cempak aje dalam beg tu.. dan itulah jugak selendang yang kucempak dalam beg yang ku pakai! :))
nampak tak celah i tu hehhee.. budak ponteng sekolah...:))

dan kalau nak tahu... 

sebenarnya i terlupa bawak kasut yang sesuai untuk baju tu muhaahahaaaa :)) mujur ada kasut extra yang entah bila tak ku keluarkan dari kereta.. pink keler.. yaa.. itu yang ku sarungkan! ingatkan tak nampak kat TV... kisahnya..


ya nampak kasut bidan terjun ku itu.. baju kuning lemak ketam.. berbunga ros merah besor2... tudung merah.. kasut pulak pink! gasak! :))


Ramai yang in box kat FB...

"Kak Sha!!!! cute pakai spek!"

ya cute ler sangat ehh.... :)) nak tahu kenapa pakai spek?? sebab contact lense i hilang sebelah!!! muahahahaaa :)) kat sinki bilik hotel! bagus kannnnnn.... :) sampai laa terpaksa pakai spek.. tak sempat tukar lense baru.. yang lama tak power cecewahh gitewwwww.. adehhh haii... ;)


dan ada yang in box i..di FB

"Kak Sha cantik selendang merah tu!"

"Kak Sha, suka merah ya?"

"Kak Sha, macam mana nak pakai selendang tu??"

dan kengkawan.. di sini jawapan bagi soalan you all semua tu yaa... :))

"Cantik ler sangat! hehehe... masa memakai hanya 5 minit.. semat, belit.. semat.. dahhh.."

"Kak Sha memang fanatik keler merah yangg.. so sekarang dah tahu yaa.. macehh..:)"

"Macam mana nak pakai selendang tu? okay mudah aje.. tunggu nanti segmen lain.. jika free kak sha share kat sini.. Insyallah.. :)" *jika tak terlupa! dan tak busy! :))

dah ler tu ekk.. segala soalan dah berjawab.. dah start nak berkisah ni hah! :))

sampai aje RTM.. perut lapo! khayalanku terhadap bubur nasi Kampung Bharu masih utuh di ingatanku :))

lepas ni nak cari bubur nasi jugak!
nak jugak!
tak kira!
tak kira!

*cakap dalam hati sambil menjerit sambil hentak kaki*
juga secara khayalanku sahaja :))


make-up room di RTM... i dah siap ber make-up sejak dari Hotel.. so just jurudandan tu touch-up sahaja.. *bahagian hidung i yang tak mancung tu agar kelihatan mancung di kaca TV* :))


baik punyer lentok.. stok perut lapor!!!!!
TolOOOOonnggggggg nak bubur nasi!!!!!!
*stok meraung dalam hati*
sayangnya tiada yang dengar :))
ngko orang tahu apa yang terjadi selepas itewww???
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Syukur Alhamdulillahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
raunganku di dalam hati sepanjang malam itu.. dan di bawa ke pagi itu..
akhirnya... hidangan sarapan pagi yang di sediakan oleh pihak RTM ialah...

BUBUR NASI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Syukur Alhamdulillahhhhhhhhhhhhhh :)

Masa tu macam nak jerit je tawww :)) magic betullah...
Terima kasih :D


ini yang ku bedal.... semangkuk penuh dan tambah 2 kali ngko aii.. itu pun sebab dah nak masuk konti...
kalau tak rasanya tambah lagi dan lagi kot! sedap ngko!!
:)) :)) :))


bubur nasi bukan Fav dak kerempeng.. lapo agaknya.. makannnn... baguskan kan.. :))


wahhh begitu bertenaga dan ceria selepas itu.. kenyang ler katakan dapat bubur nasi dan nescaffe yang di idam-idamkan sejak semalam :D

perasan tak i terbatuk-batuk masa bercakap depan camera???
hehehhh sebab bubur tu pedas kot! muahahaaa :))


Semuanya kerana Sebiji Epal... merah adalah warna pilihanku sejak dari kanak-kanak lagi..
rupanya turun kat Nellysha.. dia pun peminat keler merah... :)



Selesai sudah... cerita sini habis sini ler ekk... ;)

Untuk kisah lebih panjang lebor tentang KERANA SEBIJI EPAL 


Sekian sahaja... tunggu N3 seterusnya selepas ini... terima kasih kepada yang sudi meninggalkan jejak..*maaf jika terlepas pandang* Insya~ALLAH ada kelapangan pastinya akan ku balas setiap komen.. terima kasih kerana memahami :) Terima kasih juga kepada kengkawan yang sudi follow blogs hobi i ni ya.. dengan motto... hanya sekadar hobi.. dan tidak lebih dari itu.. :)

Assalammualaikum..

TATA!!

No comments: