SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, September 25, 2012

DIY Kulit Kerang Taman Bunga Mini


Assalammualaikum.... Selamat pagi semua :)

Pagi tadi kampung i hujan lebat. Perghhh sedap betullah! :))

Senyum aje i... tak perlu siram pokok bunga dan sayuran di tepi rumah i.

So bila hujan berhenti i teruslah snap gambar... kongsikan pada kengkawan semua :)

satu lagi idea... tanpa memerlukan modal.

Percuma jerk! :))


Ingat tak hari tu i dah share.. aktiviti i dengan anak-anak tepi pantai..



So dapatlah kulit kerang percuma ;)

lama juga i nak mencari idea.. apa yang nak ku kerjakan dengan kulit kerang tu kan kan...

TUP! TAP! dapat idea.. mudah je.. tak lama pon.. i buat tak sampai setengah jam!

dah siap! :D


memula sekali sediakan mangkuk cat *i guna mangkuk dapur* hehehe :D

dan juga berus cat... ;)


tahu tak apa tu?

ya, itulah rak pinggan i yang i beli di IKEA.. dah patah :D

nyaris nak ku humban. humban jugak tapi dalam stor! :))



keluarkan dari stor. i cabut-cabut kayu tu.. so jadilah macam tu.. panjang-panjang cenggitu guper...


Pokok bunga jenis renik ni memang tumbuh banyak kat tepi rumah i.. so i ambil dan pindahkan..
adalah dalam 3 rumpun... ;)


pastu... susunkan kulit kerang tu kat tepi-tepi pokok renek tu...
buh ler bebanyak kan.. kata percuma! ya giteeww... ;)


tetiba naik ko seri bunga tu! aww...
dan kerang telah berada di tanah dan bukan di tepi pantai lagi :))


cucukkan kayu tu.. dan ketuk guna penukul... ;)

pastu cat!

korang nampak tak? dengan bunga dan daun tu sekali ku catkan!

:))


ya... susunlah dalam 2 batang kayu tu.. dan tukul... cat dulu kayu tu pun boleh..

i buat cucuk dulu kayu baru cat! :))

cat sikit-sikit je tau.. tu yang nampak rustic!

i like... :D

TARRAA!!!!

DIY Kulit Kerang Taman Bunga Mini


Amacam?


dengan hanya berbekalkan sedikit kekuatan dan sedikit idea...
 agar jangan memerap aje dalam bilik opis i tu kan...

segalanya mungkin!


Fav... spot i sekarang ni setiap pagi menikmati secawan kopi sambil menghadap Taman Mini i yang ala-ala je tu kan kan... ;)

Sekian jumpa nanti!

Next project....


Sabar menanti... 

Assalammualaikum..

TATA!!


2 comments:

Puan Hazel said...

kreatif betul akak nie.. suka sangat2

Shahriah Abdullah Novelis said...

Tq dik.. biasa je.. guna bahan terbuang.. tq dear muahzzzz