SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, September 6, 2012

Hobi Tanaman Merdeka Raya! Ya Giteeww


Assalammualaikum... :)

Wahhh.. amacam gambar di atas begitu kena sekali dengan tajuk N3 i kali ini..
Nellysha dengan berbaju tidur.. muka sembab ala-ala terpaksa kena menyiram pokok bunga giteeww :))

Hobi i kali ni.. i nak share dekat you all tentang tanaman i yang baru sahaja i semai semasa sambutan Hari Merdeka... 31 Ogos 2012
Wahh.. dengan bangga tahap hidung kembang-kempis dah ni..
Orang lain dok tayang baju raya mahal-mahal.. perabot mahal.. tapi i dok tayang tanaman i yang tak seberapa tu yaa..
Jadilah hobi tu namanya.. :D


Banyak juga benih pokok sayuran i beli... 
lepas tu i semai atau pindahkan ke tanah...
beli awal pagi merdeka day!
Orang lain berbaris di padang.. berpeluh sakan!
i dengan Pak Habibi dok mencangkul tanah :)) berpeluh jugak youUuu... :D

Kalau you all nak tahu.. i ni suka beli dan tanam pokok..
membela memang bukan hobi i.. kiranya macam nilah di pendekkan cerita ler yerk...dengan motto...

"Setelah ku tanam kamu wahai pokok.. hiduplah kamu dengan aman dan damainya..." :D

serius itu memang peel i.. yang menjaga memang bukan i.. :))
tapi Pak Habibi, Abang Amin dan Abang Aemir..
Nellysha tu elehhh cuma tolong siram aje.. itu pun hujung minggu...:D itu pun sebab dia suka main air! :))

Tetapi yang memilih benih, pokok-pokok apa pun memang hobi i..
pastu i akan arahkan Pak Habibi dan anak-anaknya cangkul lubang mengikut di mana tempat yang telah i tetapkan.. wahh giteeww :D
Hepp.. kerjasama tu namanya :D


Apa nama pokok bunga ni i lupa..
pokok bunga ni i beli banyak jenis dan warna.. ada banyak jugak tau..
murah aje.. sepokok rimbun tu cuma RM4 sahaja..
i borong macam-macam keler..
pastu pindahkan dalam pasu..
pastu.. i siram.. dan selepas beberapa hari tu..
siram menyiram bukan kerja i lagi YoUuuu...

i cuma ingatkan aje "Jangan Lupa Siram Pokok tau"
hehehhee... :D


pokok bunga yang i borong tu sebahagiannya i tanamkan ke tanah...
dengan motto biar mengembang dan membiak dengan sendirinya.. :D


Tu dak kerempeng menyiram sambil memanjat atas kerusi batu..
wajah penuh serius.. 
i sebagai pemerhati.. berbunyi dari jauh..
"Lagi Nelly... lagi..."
wahhh giteeww.. dengan jari-jemari tangkas snap gambar.. :D


Siram tiap hari.. wahh lebat berbunga yaa...
suka tengok.. tiap pagi bukak tingkap mesti i snap gambar bunga hentah ke haper nama..
ceria aje.. dulu kebun mini i tak ada bunga.. sekarang tidak lagi..
berseri-seri yOuu...


Yang mana dah lama follow blogs i sudah tentu ingatkan... i banyak tanam pokok rosmary lebat dan banyak sangat!
dan bersempena Merdeka Day hari tu.. i pindahkan dua pasu ke tanah.. dengan harapan.. selepas ini i ingin menjadi pengusaha pokok rosemary terbesar di JB muahahaaa :))


Weeeehheeeeeeeeeeeeee.... dapat benih terung purple yang panjang tu..
puas merata i cari satu JB..
dapat akhirnya... i borong 6 pokok.. satu pokok RM2...
dah berbunga nampaknya... wahh tak lama lagi tu adalah hasilnya..
nanti i share gambar buah terung i tu eekk... :D


Hah! yang ini pokok cili merah!
Alaaa cili yang besar-besar buat sambal tu.. haaa..
benih ni pun banyak.. Pak Habibi dapat dari kawan dia di pejabat..
so kami tanam erkk maksud i.. Pak Habibi tanam.. :D
pun masa merdeka day hari tu!
dah berbunga jugak.. sure hasilnya tak lama lagi tuuu...
tak sabar nak menyambal! :))


Ingat tak i selalu share pokok cili padi i yang bermacam jenis tu?
hah! yang ini benih baru... i borong banyak jugak ada lebih 8 pokok..
cili padi kampung... nampak tak dah ada buahnya tu...
hah! kecik-kecik dah berbuah.. Syukur Alhamdulillah..:)


WoHoooOoooo yang ini pokok bawang..
i mengemas bakul bawang kat dapur i tu..
wahh kisahnya banyak bawang yang dah tumbuh...
terus bagi kat Pak Habibi.. dia tolong tanamkan..
tak sampai seminggu dah naik..
wah suka!
lepas ni kita buat sop ehhh... :D
psstt pokok halia pun ada... tumbuh gak dalam bakul bawang i tu..
dah bertanam jugak tapi tempat pak Habibi tanam tak kujumpa! :D


i memang banyak tanam pokok selasih..
Pokok Thai Basil dah lama gol!
so yang tinggal hanya local selasih..
jadi i pindahkan ke tanah.. dapat jugak dalam 4 pokok...
yang lama i biarkan dalam petak plastik tu...
lepas ni kita buat laksa Johor ekk... :))


Pokok limau sambal tepi rumah memang dah besar... banyak berbuah dan hasilnya tak habis di petik..
i beli lagi sepokok... sepokok RM5 i tanam lagi...
berbuah banyak tuuu... kecik-kecik dah berbuah.. bagus betul...
lepas ni kita buat ais limau kasturi ekk..
memang tiap hari pun i bancuh untuk makan tengahari..:)


Pokok Limau Purut...
banyak juga i tanam.. daunnya i selalu petik untuk buat rendang dan tom yam..
i beli lagi sepokok jenis Thailand punya daun bentuk 8..
memang lebih harum dan kuat baunya..
sepokok cuma RM6 *dapat murah sebab i pujuk budak nursery tu macam nak haper! ko tahu tak!*
:)) :))


Pokok Kari..
kat tepi rumah tu ada besarr sangat pokok kari..nun jauh depan rumah tu hah!
tak kuasa nak berjalan memetik bila nak masak kari..

ehhh i beli lagi.. kali ni tanam kat kebun mini i tu...
bukak pintu dapur dah tinggal petik.. mudah aje kan kan..
untuk resipi kari...KLIK SINI


Pssttt.. ini ler pokok kari yang baru di taman sempena Merdeka day hari tu..
Bila Pak Habibi makan aje kari i kan kan.. terus dia cakap camni..

"Ni mesti petik pokok kari yang baru tanam tu.."

Wahhhh tahu aje ekk... pastu i cakap camni..

"Pandainya teka!"

:))


Sekian sahaja kisah Tanaman Merdeka Raya 2012... :D
Harap-harap pokok-pokok yang di tanam tu akan segar dan bugar hendaknya.. umpama merdeka raya!
wahh giteeww... hasilnya nanti i update yaa.. sabar menanti.... :) 


Soon i akan masukkan N3 pokok tanaman sempena Birthday i yang lepas..
March 2012... banyak pokok yang i tanam tau.. dah besar.. dan dah tinggi..
next N3 nanti i share ekk.... pokok apa teeewww???
Sabar ler... :D

Sekian sahaja...

Assalammualaikum..

TATA!!


4 comments:

Puan Hazel said...

suka suka suka... saya pun suka bertanam tp malas nak menjaga..heeheh. tp xpa, lps ni akan kuusahakan tanah sekangkang kera kt blkg dapur tu, blh eksyen ngan akak.. heheeh..

myda_ahmad said...

maybe pokok kendondong?sabeb saya pun ada beli 1 pokok,nampak rupanya mcm yg saya beli je...dgn daunnya yg cam gitu...

Shahriah Abdullah Novelis said...

Puan Hazel wahhh samalah kita rupanya.. membeli rajin membela malas hehehe.. hah tanam nanti tunjuk kat akak yaa... :)

Shahriah Abdullah Novelis said...

Kak Myda betul pokok kedondong dan ada banyak lagi nanti sha update yaa... tungguuuu