SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, September 17, 2012

Shopping Buku Lagi!


Assalammualaikum... :)

Amboii sila jangan tenung lelama amoi yang sedang membelakangkan camera handset i tu yerk :))

Okay kali ni i boleh pulak terajin nak snap gambar. Guna HP aje.. camera tak bawak. Eshh tak kuasa nak memberatkan bahu :D

Okay kisah ni baru sahaja berlaku. Petang tadi bersamaan 17 September 2012 ya giteww...

i ni kan kalau you all nak tahu memanglah hantu membeli buku! dah namanya hobi yer tak.. okay tiap bulan peruntukan i terhadap memborong buku-buku adalah paling kurang RM150. Dan akan berlebih budget untuk buku 3 bulan sekali, ya giteew... :D

especially buku rujukan untuk kerja penulisan i.. contohnya.. kamus, buku resipi dari luar negara *Ingeris* dan dalam negara *Melayu, Cina, India, Indonesia dan bla.. bla..*


nampak aje kedai buku, mesti i singgah punyalah!
kalau ke kedai tujuan asal nak beli ubat nyamuk pun kalau ternampak majalah mesti wajib beli!
gila sangat sangat! bab buku dan majalah.

i boleh masuk kedai buku lebih dari 2-3 jam! kengkawan di MCM dah tahu dah hobi i yang satu ni...:D
jangan memain ehh...sanggup duduk berlama-lama tanpa makanan atau minuman.. 
bayangkan kalau i penjual buku dan majalah.. mesti dah lama i slim forever! :))
dan sasaran i hanya kedai buku yang besar untuk duduk berlama-lama.
Kedai runcit yang jual majalah ko nak duduk berlama-lama dah kenapa! :))

macam gambar di bawah tu :))


i akan survey dulu tiap deretan buku2 kat rak tu..masa ni bibir tu senyuUuuuummmmmmmmmm macam nampak intan dan emas permata cecewahhh :))

 dan yang mana i tertarik i akan ambil.
Ambil banyak-banyak sekaligus!
dan lepas tu duduk ler bersila.
dan sementara i duduk mentelaah tu.. Pak Habibi tembambom i akan jadi tukang cari buku-buku rujukan yang i memang nak cari...
best kan kan :D
Nellysha dia dah tahu dah.. masuk aje kedai buku macam masuk kedai mainan! 
sama naik dia pun dok memilih sama. lepas tu duduk sebelah i.. apalagi membaca ler!
Kalau orang ramai kami berdiri.. ya berdiri walaupun untuk tempoh yang lama. 
Kekadang tu sampai naik lenguh kaki. :))

lepas tu mana yang i rasakan tak perlu.. i akan suruh Nellysha pulangkan semula kat rak! hah! tu memang ler kerja yang Nellysha suka :)) i dok ler membaca.. bangun memang tidak :D


dan di atas itu adalah beberapa buah buku yang telah ku borong..
banyak lagi :D

borong bukan sebarangan punya borong. Tak nak membazir ya...
beli sebab i perlukan buku-buku itu untuk kerja penulisan i, untuk rujukan i juga.
i paling suka beli buku resipi dan skills terutama dari luar negara.
HEPP! buku resipi dari Malaysia 45% dari kedai buku tu boleh di katakan dah menjadi koleksi i selama ini...


i belek dan baca dulu.. tengok dulu isinya.. okay ke tidak?
sebab kalau buku-buku resipi dari luar negara mak aii pak aii.. harga ko jangan memain!
mahal nak apa yang oii...
so i akan belek dan baca.. tengok best dan menarik atau luar biasa ke tidak...
terutama jika ada banyak skills tentang dunia masakan di kongsikan dalam tiap buku resipi itu. Palinglah i suka!!!

Bila dah beli.. balik rumah i terus study!
dan untuk pengetahuan kengkawan semua i sekarang sedang sibuk 'belajar' demi memantapkan dunia kulinari i... ya, lah belajar tidak setinggi mana pun... 
jadi carilah ilmu mana yang ada.. tak pernah jemu-jelak malah semakin bersemangat!


SUKA!
SUKA!
SUKA!
SUKA!
SERIUS PUNYA SUKA!!! BUKAN DI BUAT-BUAT ATAU HANYA SEKADAR HOBI!

perghhh... lain macam i tell you!
nak-nak kalau tengok buku bersusun kemas macam tu.
i ambil satu.. baca dan belek. letak tepi kais lagi yang ada..
pastu letak tepi.. sampailah dah banyak sangat! dan dalam hati dan mata ni cakap..
"Cukup ke duit ko tu?!"

maka barulah i tapis.. yang mana paling TERBAIK dan berguna maka akan menjadi koleksiku..

adalah dalam 9-10 buah buku resipi yang i borong.. lebih 20 buku resipi yang ku kembalikan di atas rak sana tu hah! :))


Bukan ringan tu yaa.. sorang bawak satu beg!
Pak Habibi punya tangan kalau you all nak tahu tu.. turun eskelator masa tu :))
dia bawak yang paling berat, yang mana ringan i dan Nellysha berkongsi ;)


lepas beli jangan simpan!
Terus baca jika ada kelapangan waktu.
Lepas dah baca, terus amalkan... 
kalau dah baca lepas tu simpan alamatnya...
LUPA!
so baca dan amalkan sebelum terlupa.. tak kiralah buku apa pun..
ingat.. Practice Make Perfect!
walaupun i tak pun perfect! ya giteew :D

Sekian sahaja...

Assalammualaikum...

TATA!! ;)

5 comments:

Amie said...

Selamat mendalami dunia kulinari Sha....

Shahriah Abdullah Novelis said...

Terima kasih Kak Amie cayanggg muahzzz

Puan Hazel said...

i feel you akak! sy pun sama, teruja masuk kedai buku sama macam teruja masuk kedai emas...rs cam nak hangkut semua buku...:)

Norzie hany said...

Akak pun tiap2 bulan mesti masuk kedai buku tapi cari novel aje.Buat stok bila lapang.

siti hazreen said...

saya pun suka duduk lama-lama kat kedai buku, walaupun kadang-kadang tak beli pun ;)