SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, November 29, 2012

Update Hasil Tanaman Kebun Mini 29hb Nov 2012


Assalammualaikum... dan Selamat sejahtera buat semua teman-teman yang sering berkunjung ke blogs hobi i yang sekarang ni sedang hangat dok bercucuk tanam.. tu pun dah slow sikit sebab sejak kebelakangan ni sibuk dengan pelbagai urusan dan undangan...

Apa pun tiap hari bila ada kelapangan pasti akan jengah kebun mini i tu..
sebab banyak tanaman i yang sedang membuahkan hasilnya...
macam biasalah mesti terkedek-kedek dengan raga misteri i tu...
datang dengan satu raga dan gunting..
pulang pasti penuh berisi raga misteri i tu! :D

kali ni i nak ajak you all jengah tanaman yang ada di kebun mini i tu.. hanya sebahagian yang sempat i edit gambar.. nanti bila2 ada kelapangan nanti i share lagi ekk.. ;)


Pokok serai.. ada lebih 6 rumpun...
sedang segar tu...
ada yang dah hampir botak sebab tiap hari ku cangkul buat masak! :))
yang ini Pak Habibi tak kasi cangkul!
dengan alasan.. bagi dia mengembang sepenuhnya :D


pokok kacang panjang yang ada 6 batang tu..
tiap hari berbuah...
hasilnya selang sehari akan ku petik dan masak.. kekadang buat ulam je.. tak pun sedekah kat jiran tetangga..
Pak Habibi dah semai lagi.. 6 pokok...dah tinggi 3 jengkal..
lepas pokok yang di atas tu selesai berbuah.. dah ada pelapis!
so stok pokok kacang panjang i tak akan putus ler jawabnya :D


pokok pudina i...
panjang dan terjuntai-juntai dalam pasu..
i sangkutkan kat atas para buluh :)
dah ada lebih 4 pasu yang Pak Habibi pindahkan.. dah gemok dan lebat berdaun..
i buh kat tepi pintu dapur.. segau mata memandang taw! aww.. :)
asalnya i cuma cucuk 2 batang daun pudina yang baki i beli di pasar.. tak sangka dah boleh berniaga banyaknya hehehee...


pokok kacang bendir jangan ceritalah..
dah macam ladang... ada lebih 40 pokok..
tiap hari petik.. rebus buat ulam memang best!
my fav and my hero no 1 pun yaa..


pokok lada hijau..
asalnya i beli dari pekebun kecil tepi jalan.. dulu i dah pernah masukkan N3 pokok lada hijau ni kan..
so sekarang memang sedang lebat berbuah...
petik buat ulam.. patah-patahkan renjiskan kicap
makan dengan nasi panas.. perghhhhhhhhhhhhhhh


bergayut-gayut.. geram je tengok..
ada lebih 6 pokok kalau tak silap..
siram tiap hari.. berbuah ler jawabnya tak berhenti..
buat sambal belacan guna lada hijau pun sedap tau.. tak caya.. cecuba.. cecuba..


pokok selasih..
hah! pokok ni pun jangan cerita. memang banyak dan rimbun je pokoknya..
ada tu yang sampai patah sebab terlalu berat dan rimbun dengan daun..
i suka masak kacang panjang bening buh daun selasih bebanyak..
slurppp.....
sedara-mara kalau datang mesti petik punyalah..
kalau di cantas tiap masa.. maka semakin banyaklah daunnya dan besar2 dan segar...


pokok berbuas..
hah! yang ni tanam kat depan rumah... dekat taman mini satu lagi... 
pun banyak... tetapi pokok berbuas yang ini special sebab sentiasa di cantas dan rendang je dia..
mudah nak petik.. sebab i sebaya dengan pokok tu rendang jew! :))


pokok strawberry dah tak berbuah..
Pak Habibi dah semai lagi.. dah ada banyak pasu...
i janji nak masukkan N3 bagaimana nak semai pokok strawberry kan.. sabar yaa.. mesti i share punyalah!
so lepas ni tak perlu lah beli lagi yaa.. save cost :D


pokok ceri dah share hari tu.. tiap hari berbuah tak berhenti..
tak termakan sedekah kat burung jew :D

dan ada banyak lagi pokok yang sedang berbuah di rumah i ni..
antaranya :

Pokok pulasan..
Pokok Durian *sedang lebat berbuah dan puas makan sekarang ni :D
Pokok Manggis..
Pokok Rambutan gading *kuning
Pokok Jambu mawar...

tu nanti.. bila dah masak ranum baru i share ekk..

Oh! yaa.. hari tu ada teman yang buh komen nak tengok pokok dan buah mulbery macam mana?
Okay nanti ada masa i snap gambar dan share yaa.. terima kasih buat semua teman-teman yang tak jemu singgah di blogs i ni yaa..

Sekian dulu..

Tunggu Next N3..

Assalammualaikum..

TATA!!

3 comments:

Puan Eka said...

cantiknya la kebun akak ni..
semua ada
semua petik je..
aduh bestnya..
memang jadi je tangan akak menanam kan..

eka tak reti tanam2 ni..
huhuhu
geram tengok cili hijau tu..patah dalam kicap cam akak sebut tu,ada bawang ada limau nipis.. slurpppp...

best gila makan ngan ikan goreng garing2

emma marini said...

ni dah level petani berjaya ni.....hebat!

Dhya Surya said...

wah macam-macam ada....=)
kebun akak mesti luaskan...=)
puas hati tanam sendiri dari asyik beli kat pasar je....