SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, September 15, 2012

Jom! Semai Benih Sempena Hari 1 Malaysia


Assalammualaikum... :)

Bertemu lagi kita dalam segmen tanam-menanam.
Hobi i yang sedang terhangat dan hangit setakat ini :D
Sok lusa ada hobi baru semestinya i akan share lagi di sini ;))

Bersempena Cuti 1 Malaysia pada 16hb September 2012
Maka i dan Pak Habibi macam biasa akan mula menyemai benih atau menaman pokok.

Suka pilih tarikh tertentu bukan apa pun pasal senang nak ingat..
So bila pokok tu dah berbuah atau berhasil.. hah! nanti ingatlah.. ohh ni pokok masa hari.. bla.. bla.. ya giteeww... ;)

**ada banyak benih yang telah di semai, di bawah ini adalah salah satu benih. Sekadar berkongsi idea. ;) walaupun tidaklah sehebat mana pon kan kan... :) *

JOM! SEMAI BENIH!


Bahan-bahan yang anda perlukan ialah 
*style Pak Habibi semai benih* :

tempat/bekas letak telur ayam atau pot plastik yang kecil/ bekas botol plastik@mineral
tanah bakar 
benih yang anda suka ler :D
sedikit air untuk menyiram

*Wah! dah macam bagi resipi ler pulak kan ;))


ambil kotak telur.

 macam buat kek katon pulak yaa... ;))


selepas itu taburkan tanah bakar separuh sahaja di dalam lubang.
Letakkan 2 biji benih di tengah-tengah tiap lubang yang berisi tanah bakar.

*Untuk setiap biji benih yang ingin di tanam sila baca risalah tentang biji benih yang anda akan tanam, contohnya : tempoh dan cara untuk menanam atau alihkan apabila telah bertunas*

selepas itu taburkan lagi tanah bakar untuk tutup biji benih tadi.
Akhir sekali renjis-renjiskan dengan air.

Selepas itu letaklah kotak semaian benih itu di tempat yang ada matahari.
SILA SIRAM SETIAP PAGI DAN PETANG!

*i sentiasa ingatkan Aban Aemir untuk Siram* :))


Kita tengok pokok apa yang Pak Habibi semai.
Berapa pokok pula yang akan bertunas, kerana setiap biji benih yang disemai tidak semestinya semua akan hidup. kekadang tu separuh aje yang bertunas!

So stay tune!

Assalammualaikum..

TATA!!


1 comment:

NUR said...

rajinnye..
SELAMAT HARI MALAYSIA.
dari blog NUR