SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Sunday, October 14, 2012

Pokok Strawberry


Assalammualaikum... :)

Salam ceria pagi isnin... di kampung i mendung.. baru jap tadi hujan selebat-lebatnya..

lepas tu berhenti... gelap je hari... so i tak dapat turun ke tanah jengah taman bunga dan kebun sayur-sayuran i... mujurlah bila ada kelapangan i dah snap gambar banyak-banyak so just masukkan aje N3...


Nampak tak buah strawberry yang masak ranum tu?

Ya, sekarang ni kebun mini i dah bertambah satu lagi jenis tanaman buah-buahan..

meriah benor nampaknya :D

buah kesukaan hero no 2 i Abang Aemir.. sentiasa berstok dalam peti sejuk.. sehari Abang Aemir akan kunyah 2 biji sehari... 

pagi sebiji.. malam sebiji.. hobi dia :D


so i ke nursery 2 minggu yang lalu dan cari pokok strawberry kalau-kalau ada :D

ehhh! sekali ada... gemuk naa pokok tu.. banyak berbunga...

dulu pernah jugak beli dan gantung... tak tahan lama.. mungkin cuaca di Malaysia ni tak sesuai.. berbanding di Cameron Highland dan Genting Highlands....

so i beli lagi... beli 2 pasu.. boleh tahan mahal!

RM15 sepasu! i borong 2 pasu... masa tu belum masak ranum macam di atas tu..

cuma berbunga dan berputik...

berbelah bagi juga nak beli takut GOL!!!


so i mintaklah petua dengan taukeh nursery tu macam mana nak jaga agar pokok strawberry tu tahan lama dan sentiasa berbuah...

kiranya bergurulah ni :))


Okay penjagaan pokok strawberry ni bukannya susah sangat rupanya...

cuma agak leceh sedikit...

tapi kalau kita ikut syarat-syaratnya Insya~ALLAH hidup dan berbuah lebat nampaknyalah!
setakat  3 minggu *termasuk hari ini* :D


OKay kena letak pokok tu di tempat yang redup tetapi cukup dengan cahaya matahari..

memerlukan air yang banyak... i cuma siram awal pagi dengan banyak air..

siram di akarnya yaa.. kalau siram buah atau bunganya akan lodoh dan nanti buah tu akan busuk!

lepas tu... buh ler baja 2 minggu sekali jangan banyak.. nanti GOL!!

cara buh baja nanti i tunjuk ehh.. belum sempat snap gambar...:)

dan kalau nak pokok strawberry tu berbunga sentiasa aka berbuah...

okay siramkan dengan air sejuk *air mineral dari peti sejuk*

tak pun.. ambil beberapa ketul ais dan kacau di dalam sebuah bekas berisi air dan siramkan di pangkalnya...

nampak leceh kan?

cuba amalkan.. mudah sebenarnya.. i dah lakukan beberapa kali dan hasilnya memang best!


tu dia Balqish anak saudara i yang datang menginap...

i ajak dia petik strawberry tak perlu ke Cameron Highland dah lepas ni heheee... :D

i gantungkan pasu pokok strawberry tu kat bawah pokok limau kasturi i yang rendang..

gantungkan kat situ dah duduk ko diam-diam... :D


besar tau buah tu...

masam-masam manis... :D


lebih besar dari mata Nellysha :))


dan Balqish juga :))


tu dia.. molek je tergantung bawah pokok limau kasturi..

nanti Pak Habibi nak buatkan pondok khas untuk pokok strawberry i tu... :D


gunakan gunting yaa....


petik leklok okay... 

yang mana busuk buang...:D


terbaru... semakin banyak berputik...

banyak naa.... :)


dan semakin banyak berbunga...:)


tu dia.. dah pink-pink keler gitew kan..

hari ni i jengah kat celah tingkap dah merah menyala dah!

esok dah boleh petik..

nanti i share lagi yaa... :)


i love gardening.. :D

teruja sangat... bila anak-anak suka :D

hanya sekadar hobi masa lapang itu sahaja... ;)


Next N3... Table Lamp buruk dah jadi baru... :D

DIY lagik! nanti i share ehh... :D


sekian jumpa lagi...

semoga ceria hari yang anda lalui... :D

Assalammualaikum...

TATA!!

15 comments:

emma marini said...

wahhh best nya.....hebat lah yer, tak yah dok tempat sejuk pun.

Shahriah Abdullah Novelis said...

jengah tingkap dah boleh petik hehehee

Si gendud aqish :) said...

Wahh , terliur balik tgk gambar ni , Muehehe

Si gendud aqish :) said...

:))

..di lesung pecah.. said...

Wahhhhhhh.....cam kat luar negara plak....Tahniah kak..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Tq Wannie...:)

Amelia said...

Hi Sayang, wah... bestnya ada strawberry. Gerammmmm I tengok..... nak naik helicopter pi umah you sekaranglah.

Tanya sikit, Pokok tu beli kat mana?
I pun nak cuba tanam 2 pots tengok boleh hidup tak. LOL

Good night, jumpa lagi....byeeee....muahhhzzzzz....

Mona said...

boleh namakan baja apa yg sesuai

Mona said...

boleh namakan baja apa yg sesuai

ummukhadeeja said...

Wah bestnye..kita br je beli pokok ni..tgh gali info nk jaga..nice sharing..

dastin said...

Hai selamat pagi..nak tanya sikit..tentang baja tu..apa baja yang sesuai ah?I mean jenis baja.

Unknown said...

Siram ngan air sejuk???btol ke leh bg dya byk buah???ke faktor baja??law guna baja organik leh ke bg dya byk buah???

Unknown said...

Siram ngan air sejuk???btol ke leh bg dya byk buah???ke faktor baja??law guna baja organik leh ke bg dya byk buah???

Unknown said...

Siram pakai air sejuk???btol ke leh byk buah???baja organik bleh guna x??

Unknown said...

Siram ngan air sejuk???btol ke leh bg dya byk buah???ke faktor baja??law guna baja organik leh ke bg dya byk buah???